Saturday, January 30, 2010

"Selagi Masanya belum tiba, Jangan Sesekali Mencubanya!"


"DON'T TRY THIS AT ANYWHERE!!!!

DON'T TRY THIS WITH ANYONE!!!!

DON'T TRY THIS AT ALL..."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berdua-duaan bersama pasangan memang bahagia. Tapi hati-hati kerana sebarang kemungkinan maybe akan berlaku.

Selalunya, perempuan-perempuan la yang mendapat problem besar.Lelaki buat cool je. Macam xde apa yang berlaku. So, jom kita tengok cara-cara untuk mengelakkan baby boy or baby girl dari dilahirkan. opssss! heeeeeeee~!~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Elak tempat sunyi
-Kalau nak dating tu, jangan la cari tempat-tempat sunyi sebab banyak godaan2 yang akan datang. Lebih2 lagi bagi lelaki, cepat sangat tergoda ngn perempuan. yeke cepat tergoda? aku main agak jelah. :)

-Senang cita, korang dating kat depan mak bapak korang la. senang kan? boleh terus dapat mertua. hehehe..

Kelancaran Komunikasi
-Korang kena bagitahu kepada pasangan korang mengapa korang inginkan perhubungan y sihat dan kenapa si dia (BF) perlu melupakan keinginan2 'NAKAL' yang selalunya ada dalam diri kebanyakan remaja skang.

-Keinginan2 'NAKAL' ???  mesti korang pun tahu kan. jangan buat2 tak tahu pulak.*sebenarnya aku pun tak tahu. kuang3~!~

Berani kata TIDAK
-Jangan segan silu untuk mengatakan 'TIDAK' kalau pasangan ajak korang buat tttuuuuuttttttttttttttt.*malu nak sebut. hehe. Dun say 'YA' bcoz Tuhan marah tau. Lagipun banyak risiko yang menunggu.

-Kalau dah TER'mengandung macam mana? kalau si dia nak bertanggungjwb xpelah. Kalau tak, alamatnya lepas baby tu lahir, tong sampah la tempatnya @ toilet2 buchuk+muchuk. Alahai kciannyeeeeeeeeee.

Jika si dia memaksa???
-Paksaan selalunya beserta dengan ugutan PUTUS. Jika si dia (BF) memaksa, sebaiknya korang elak dari berdua2an dengan si dia kerana kemungkinan si dia boleh bertindak ganas sebab korang menolak. Bahaya tau bila si dia (BF) dah naik amuk. *Naik amuk tak sama dengan Bandi AMUK. yeeyeh..

-Hampir 90% kes-kes hamil luar nikah berlaku disebabkan paksaan. Jadi AWAS ya...

-Kalau si dia terus memaksa, korang karate je or tinggalkan jelah. Ala, kumbang bukan seekor. Berekor-ekor lagi kat luar sana  yang lebih baik dari si dia.

:::"SAY NO TO SEX BEFORE MARRIED" Jangan sampai terkandas dari prinsip tu wahai bunga-bungaku sekalian termasuklah aku jugak. ngeh3...

Alahai....malunya den.....

Mesti ramai yang pernah mengalami situasi malu yang amat dan perlu melakukan sesuatu untuk ‘cover’ perasaan malu tersebut kan?.

Selalunya idea untuk mengelakkan dari merasa malu biasanya datang secara spontan. Kat sini ada tips2 untuk cover malu tapi berunsur lawak jenaka skit la..Jangan diambil serius ye..hehehehe.


Di antara Tips-tips Cover Malu....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~.

1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai…lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalau terjatuh basikal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak…

3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus…

4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan….

5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat..”oi! apa tolak-tolak ni?” walaupun tiada orang di blakang anda….

6. Kalau terjatuh di depan bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu…haa…ni lah masa sesuai untuk bangun semula….

7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu…ye tak?….muahahaha..

:: Selamat Mencuba...ahaksS~!~  HEHEHEHE


Friday, January 29, 2010

Specialnya Bau Ketiak Lelaki

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala stress yang dialami oleh wanita? 

Kenyataan ini sebenarnya muncul dari Bahagian Biologi Manusia di Universiti Pensylvania beberapa tahun yang lalu.

Kajian yang dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki buat kaum wanita boleh menurunkan stress, membantu relaksasi dan mengatur haid.

Seperti dilaporkan dalam Jurnal Bilogly of Reproduction America sebelum ini, ekstrak ketiak yang sengaja 'diproses' dari lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh 'digoda' dengan bau lawan sejenisnya.

 (kaum adam, simpanlah bau ketiak tu utk orang tersayang*muahaha*)

Dalam ujikaji yang dilakukan itu, perfume alami/semulajadi ini kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 hingga 45 tahun.

Tentunya tanpa memberi tahu bahawa itu adalah bibit peluh lelaki dan hanya dihebahkan bahawa mereka sedang menguji suatu aroma perfume baru.

Enam jam pertama setelah itu, skala mood wanita yang disapu perfume yang diperbuat dari bibit peluh lelaki tersebut diukur.

Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, perfume ketiak lelaki ternyata dapat juga membuat wanita menjadi kurang tegang atau stress.

Moral : Selalulah mencium ketiak suami/boyfriend anda!!!......hahaha..adoyaiiii..kalau ketiak yg bau best ok la juga… tapi kalau ketiak yang bau masyem leh fengsan oiiii adeh wakakakakaka…

Wednesday, January 27, 2010

Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor

Kalau korang rasa patut and ada akaun facebook, leh la join Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor



Ok, ceria-ceria selalu. Semoga hukuman Aduka Taruna diringankan dan kesalahannya dpt dimaafkan..AMIN~!~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam sayang: 

Friend is Kawan

Love is CINTA and  Friend is kawan. kuang3.. Apa itu kawan ? kawan mestilah kawan. btol tak? takkan lawan pulak. Kan??hihihi.. Pesal hah, bila kita baik dengan seseorang tu(berlainan jantina), kita ambil berat pasal dia, and macam2 lagi lah kita buat untuk dia, mesti orang tu akan salah faham?

Dia mulalah anggap kita suka dia. Kalau kita ambil berat pasal dia, mknanya kita suka dia ke, kita cinta dia la eh.? Tak pernah ada dalam kamus lagi kot kan. hmmm....Rasa2nya, tak salah kan kawan ambil berat pasal kawan yang berlainan jantina? Tapi tu bukan bermakna kita CINTA sama dia. Nape lah orang suka salah anggap.

(*Love is Cinta*)

Bila dia dah anggap kita suka dia, dia pun sikit demi sikit mula menaruh perasaan kat kita and lepas tu mulalah nak guna ayat2 CINTA. Jiwang karat u. hehehe..and then dia pun melamarlah "sudi tak awak jadi buah hati saya". Buah hati?? Alamak.. Terpaksa kena tolak daaa....coz kita juz anggap orang tu kawan je. 'kawan tetap akan jadi kawan sampai bila-bila'.So, terpaksa mengewakan hati orang tu dengan perasaan serba salah..waaaaaaaaaa.... (!_!)



Bila je cinta orang tu ditolak, dia mula menjauhkan diri dari kita. Dah taknak kawan ngn kita, macam kita nie jahat sangat. Kita tak salah la. adoyaiii !!! apa kes nie. Apasal la jadi macam nie. Kita nak kawan ngn dia sampai bila2. Napelah dia menjauhkan diri.

Tapi biarlah, dah orang taknak kawan, kita takleh nak paksa2. semoga dia hepi ngan idup dia. Perlu ke jadi sampai macam nie semata-mata kita taknak terima dia jadi buah hati kita??? huh! benci..benci..whatever la lalalalalalala ~!~ hehehehe...

:::: Bila ada orang baik ngn kita, kita jangan 'SS' tau. Tak baik untuk kesihatan. oke~!~ heeeeee~~ (",) 




Tuesday, January 26, 2010

Penulis Blog Perlu Berhati-Hati

Penulis blog perlu berhati-hati? Bukan berhati-hati di jalan raya oke~!~ Kalau nak berhati- hati di jalan raya boleh je pakai topi kaledar bagi penunggang motosikal and bagi pemandu kereta pula boleh pakai tali pinggang kaledar. Senang kan...HEHEHE..

Tapi bukan nak cerita pasal berhati-hati dijalan raya but berhati-hati semasa penulisan blog. Seperti ada pepatah "cakap siang pandang2, cakap malam suluh2.." Entah btol ke tak ngn pepatah nie, aku pun xtahu la coz aku tak pandai nak bermadah helah nie..HIHIHI..

Sebab baru2 nie ada kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dan kini sedang disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.

Difahamkan penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna(berbaju perang) yang beralamat di Seremban, Negeri Sembilan itu menyerah diri di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya http://adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum.

Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog berkenaan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan seterusnya "mengheret penulis berkenaan ke mahkamah".

Susulan kemarahan itu, Aduka Taruna telah menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjurannya.

Beliau juga menarik balik artikelnya itu sebagai tanda mengaku salah dan berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.

Ketika menyerah diri, Aduka Taruna telah ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri itu.

wassalam...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Monday, January 25, 2010

Lelaki Kucing Jantan???

Ada orang cakap yang LELAKI ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Betol ker??Jom kita tengok betol ke tak...It just for release tensionn..!!! Don't take it seriously oke~!~


1) Kucing jantan suka dibelai
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar kita jika kita mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka wanita yang kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi,paham ajelah...bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt,tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi. Seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). Tetapi sebagai penjaga kucing,selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan??? Tetapi, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan??? Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasi
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Maknanyer kenalah saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan).Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow,miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tapi first girlfriend pertama dia).

~Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bukan yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)

::Fikir-fikirkanlah ye.. Jangan marah ye wahai orang lelaki.... Benda ni nampak cam suka-suka tapi ada faktanya juga...Luu pikirr laa sendiri...Wakakakaka...”Meowwwww....”...ahaks!!!

Selamat Hari Tua....


"Happy birthday to you...

Happy birthday to you...
Happy birthday to you...

Happy birthday to you.!!!"


"semoga panjang umur dan dimurahkan jodoh selalu..hehe.."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lagu Birthday tuh untuk sape..?? Bukan untuk aku dan bukan juga untuk korang. Tapi untuk member aku (yana). Yana tu kawan aku dan juga ex roomate and classmate aku at Uitm Kedah. Mesti kena wish beb sebab orang kata sahabat jangan dilupa walau kita ada di mana sekalipun kerana sahabat adalah sesuatu yang penting dalam hidup seseorang..chewah~!~

~yana and me~
(mempunyai hobi yang sama iaitu membela bantal buchuk..hihi..)

Hari nie 25 Jan, birthday dia.. Aku dah wish pun tanpa apa-apa hadiah dan cuma melalui sms..kejamkah aku?? hehehe..Orang kata hadiah tu tak penting.. Yang Penting ialah ucapan yang ikhlas..Betul tak..??Tapi tak tahu la aku orang yang ke berapa yang wish dia...Mesti orang yang ke-2 sebab orang pertama yang wish mestilah encik muchukkkk..ohh..tidak!!!

hmmm..Dah lama giler tak kuar enjoy sesama pas abes diploma sebab dia kt negeri lain and aku lak kat negeri lain sebab tuh susah nak jumpa..huhu..Apa2 pun still contact melalui henset.. Zaman kan dah berubah..boleh sms, mms, calling2, yang penting kredit mesti adaaaaa...(",)

~yana and me~
(titanic versi uitm..ngehngehngeh*)

:::TiaDa UngKapaN pRpIsaHan dLm pRsaHabaTan,wLauPun MAUT MnjaDikaN nOktahnYa.. KraNa sEorG sAhabaT iTu istiMewa, dLm Doa SauDaraNya Yg LaiN.. BiarPun Tnpa Byg Dimana WujuDnYa KeseTiaan DaN kEjUjUran dDlmNya. IngT pD yG 1, jUJuR pD yG sETIa,SetIa Pd Yg KasiH, kASIh pD yG rINDu, RinDula Pd Yg MNYAYNGIMU...


Sunday, January 24, 2010

Ketat sangat Ke Muka Lelaki..Nak Nangis pun Susah.....~



“Wuuu…lelaki nangis wuuu… Tak malu wuuu…”

Tuh la antara ayat-ayat yang kaum lelaki paling tak suka....Malu beb orang cakap diorang macam tuh...Hilang abes kemacho-an.......

Tak baik tau cakap macam tuh...Kenapa? Korang ingat, lelaki tak boleh menangis ke? Jangan hanya ingat perempuan macam kita je yang boleh menangis tau....HEHEHEHE....Lelaki pun boleh menangis gak..Cuma diorang ego jek...Tak caya ke...???Ala, kena la percaya oke~!~ (",)

Tetapi korang mesti tertanya-tanya, kenapa jarang sangat tengok lelaki menangis. Kalau korang (aweks) tengok lelaki je, mesti korang kata, “Ala, lelaki… Tunjuk macho la tu…”..."Kontrol hensem la tuh...." Kan..? *aku lah antara aweks tuh.....hihihi..sebabnya, aku tak suka la lelaki yang kontrol hensem/ macho..........huh!!!!

Pada pendapat aku la kan, lelaki sebenarnya bukan tak nak menangis, tetapi diorang pandai menghargai sebenarnye..Kan kalau kite menangis, kite keluarkan air mata. Yang lelaki ni bagus, diorang nak simpan air mata diorang tu. Nak bersihkan mata katanya. Tu pasal la lelaki tak menangis…

Bukan aku nak puji kaum-kaum adam nie...*Tapi dah puji dah kan....hihihi....Sepanjang aku kenal dengan lelaki, tak kiralah kawan or masa couple, diorang nie tak pernah langsung nak menitiskan air mata..Walau ada masalah sekalipun...Aku pelik betul...Air mata diorang dah beku ke atau diorang tak ada air mata hah..??? sebenarnya aku teringin gak tengok lelaki nangis depan aku..Nak tengok secara live...hehehe..

Lelaki tak macam perempuan...Perempuan mudah sangat nak menitiskan air mata...*termasuklah aku..Maybe tu dah lumrah alam...Sebab hati perempuan nie cepat tersentuh...sensitif sangat hati perempuan nie....Sebab tuh la orang cakap 'Air Mata tuh senjata perempuan'..Lelaki yang tengah marah pun leh cool bila tengok perempuan menangis...dasyat tol.... :)

Pemikiran lelaki dengan perempuan memang berbeza. Perempuan kalau tengok cerita yang sedih-sedih, mesti menangis. Tambah-tambah lagi bila tengok cerita cintan-cintun...Bila hero mati, heroin mati je.....perempuan mula la nak menangis...contoh je.....melalui pengalaman aku sendiri....hehehe..

Tapi bila lelaki tengok cerita yang sedih-sedih, dorang akan rilek je. Cool. Takde nangis-nangis ni. Buat penat je diorang rasa. Dah la diorang penat balik dari kerja/kuliah. Ni balik rumah nak nangis-nangis pulak. Tambah lagi penat ada la. Baik diorang p tido...Lagi best...Tu pasal la lelaki tak menangis…

Lagi satu, lelaki kan dikenali dengan kekuatannya. Kalau menangis, habis la diorang punya kekuatan, ke-tough-an tu semua hilang. Sebagai contoh, kalau lelaki tengah megecat dan nangis-nangis nak buat kerja. Rasa-rasanya, siap tak kerja yang nak dibuat tu? Mesti lambat nak siap kan? Lelaki tak suka lambat-lambat ni. Tu pasal la lelaki tak menangis…

Dan akhir sekali, lelaki kan kacak kalau tak menangis. Takde la comot-comot muka tu. Tu pasal la lelaki tak menangis…Tapi comel ape lelaki menangis kan????.......Bagi aku la...Macam nak rakam je wat video peribadi.....Haahahaha....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
from:
Related Posts with Thumbnails