Saturday, February 20, 2010

Kod Lemak Babi


Artikel nie, saya amek dari sebuah website and saya just nak menyampaikan dan share apa yang disampaikan kepada sesiapa yang belum mengetahui tentang kod-kod lemak babi yang ada pada sesetengah makanan.

Print lah kecik then laminated simpan dalam purse atau simpan dalam henset dan refer bila nak beli. Bagi sesiapa yang kisah lah.

Cuba sama2 kita semak e-cord yang dikatakan ada lemak khinzir. Nau'zubillah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1) E 100 (16) E 280 (31) E 434 (46) E 482


2) E 110 (17) E 300 (32) E 435 (47) E 483


3) E 120 (18) E 301 (33) E 436 (48) E 491


4) E 140 (19) E 325 (34) E 440 (49) E 492


5) E 141 (20) E 326 (35) E 441 (50) E 493


6) E 153 (21) E 327 (36) E 470 (51) E 494


7) E 160 (22) E 334 (37) E 471 (52) E 495


8) E 161 (23) E 335 (38) E 472 (53) E 542


9) E 210 (24) E 336 (39) E 473 (54) E 570


10) E 213 (25) E 337 (40) E 474 (55) E 572


11) E 214 (26) E 422 (41) E 475 (56) E 631


12) E 216 (27) E 430 (42) E 476 (57) E 635


13) E 234 (28) E 431 (43) E 477 (58) E 904


14) E 252 (29) E 432 (44) E 478 (59) E 920


15) E 270 (30) E 433 (45) E 481


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Banyakkan?? Macam mana lah nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim' kalau dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni.

Tak hairanlah kalau sekarang ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua. Lelaki, perempuan. Sama je. Solat yg wajib main tinggal jer. Doa pun banyak yang tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yang jadi darah daging.Nauzubillah.

Yang hairannya macam mana boleh ada tanda 'HALAL' bagi makanan2 tersebut? Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan.


Friday, February 19, 2010

Buang Bayi makin menjadi-jadi. Salah siapa?

Dari hari ke hari ada saja berita menggemparkan dan menakutkan mengenai kes buang bayi. Ada bayi yang dibuang depan masjid la, tepi longkang, dalam longkang, dalam toilet dan kes terbaru di mana bayi di buang dalam tong sampah dan di bakar.

Ia merupakan perbuatan manusia yang tak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan. Alahai, kesian sekali dengan nasib si bayi yang tak tahu lagi apa makna kehidupan. 

Apa punya ibu bapa la. Sanggup dibakar darah daging sendiri. "Buat anak pandai, buang anak pun pandai. " Jaga je yang tak pandai. huh!!

Remaja kita sekarang cenderung melakukan perkara  tersebut yang mengundang dua kesalahan berat iaitu melakukan zina dan membunuh nyawa manusia yang tak bersalah.
"Salah siapa semua nie? tepuk dada tanyalah selera. "
Berdasarkan pembacaan2 aku, anak-anak remaja yang bermasalah seperti ini selalunya berpunca dari keluarga bermasalah. Ibu bapa yang bercerai atau kacau bilau, faktor kemiskinan dan  keluarga yang tiada kasih sayang.

Ibu bapa sibuk bekerja, dan anak-anak membesar secara sendirian. Hal ini memberi peluang dan ruang kepada anak remaja melakukan perkara-perkara negatif seperti menonton filem lucah, merokok, menagih dadah, dan melakukan persetubuhan haram.

Tapi tidak boleh juga 100% menyalahkan ibu bapa. Individu itu sendiri  juga perlu disalahkan. Selalunya anak-anak remaja sekarang suka 'ikut kepala' sendiri. Cakap mak bapak langsung tak didengarnya. Sampailah terjadi kes-kes sebegini. 

Sama-sama lah kita menjauhi zina dan sama-samalah kita berdoa semoga gejala-gejala seperti ini dapat dibendung. Kasihanilah pada bayi-bayi yang tak berdosa ini.

Related Posts with Thumbnails