Friday, February 05, 2010

Pujuk memujuk, Rayu merayu (TERHAD untuk LELAKI sahaja)

Tengah syok 'nge-date' tiba-tiba gf korang buat muka empat belas, muncung dia dah panjang sejengkal, bijik mata dia jeling sana jeling sini tapi tak pulak pandang kat korang. 

Pendek kata gf korang tu dah merajuk la. Tau ker korang camner nak mengayat mood gf korang kepada keadaan asal balik? Kalo tak tau, korang baca ler tips kat bawah nih.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~.

 SENYUM 
-sebelum merajuk mesti start gaduh dulu kan? So, time dier tengah marah tu korang buat selamber jer senyum.

-Kalo boleh senyum tu biar lebar sampai ke telinga pun takper. 

-Nescaya gf korang yang plan nak merajuk tu tak sampai hati nak marah atau merajuk ngan korang sebab kesian tengok muka seposen korang tu.

BELI HADIAH (*bunga*)
-Buat korang yang berkemampuan boleh la cuba tip ni. Korang beli ler hadiah yang diidamkan oleh gf korang yang tengah merajuk tu. 

-Konfem terus tersengeh mcm 'kerang busuk' bila tdia engok korang hadiahkan dia BMW 7series. AhaksS~!~

BUAT LAWAK
-Haaa! Yang ni korang kena tengok keadaan cuaca ataupun suhu dan jenis gf korang tu dulu. Jangan main rembat ajer. Tak pasal bertelur dahi korang nanti. 

-Kalau menjadi, silap-silap gf korang yang tengah merajuk tu terkekeh ketawa dek kelakar ngan lawak korang tu.

HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS
-Ops! Jenis ni, korang kena buat bodoh dulu time dia tengah merajuk. Agak dier dah cool sikit, korang ambik henpon dan hantar la mesej untuk mintak maaf. 

-Lagi bagus kalau korang selitkan lawak jenaka dalam sms/ mms/voice sms korang tu.

BUAT BODOH  
-Kalo korang berani ambik risiko ditinggalkan, korang boleh ler  try tip ni. Bila gf korang tu marah, korang buat bodoh, bila gf korang tu merajuk, korang tetap buat bodoh. 

-Konfem gf korang tu fed-up dan terus ok sebab takder sapa nak layan kerenah dia. Hehehehe.

***MERAJUK BALIK
-Tip ni paling berkesan dalam memujuk gf yang suka merajuk. Nak tau sebab apa????

-Sebab bila korang pulak merajuk, dah tentu ler dia pulak yang kena pujuk korang.. 

-Tapi kalo dia pulak pakai tips "buat bodoh" yang kat atas ni, aku tak bertanggungjawab. hahahaha.




Thursday, February 04, 2010

Perampas, Dirampas, Terampas ???

Kenapa wanita sanggup menghancurkan hati wanita lain??

Satu soalan yang sering bermain di hati aku..bukan ke kita sesama wanita mesti  memahami dan menjaga hati dan perasaan kaum sejenis? Tapi kenapa macam ada yang tak paham atau mereka saja buat-buat tak paham?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekarang nie aku banyak dengar kisah-kisah tentang hubungan mereka yang diganggu insan ke tiga. Lebih kurang macam cinta 3 segi la bunyinya. Padahal dah tahu orang tu dah ader gf/ isteri. 

Kenapa?dah tak ada lelaki lain ke kat dunia nie?ataupun dan memang tabiat suka menggangu hubungan orang? *sedikit emosional disini*. hehehe. Bukan apa, tak suka la perempuan bergaduh sebab lelaki. Pantang tok nenek aku la. huhh!!

Sebut pasal merampas nie, kadang-kadang kawan sendiri pun bukan boleh percaya sangat. Depan kita pijak semut pun tak mati, bila kat belakang kita, bermain-main mata dengan bf/ suami kita. 

Selalu kes rampas merampas nie keja orang perempuan la. Jarang2 dengar perkataan 'lelaki perampas'. 

(*sahabat perampas*)
Alahai, menjadi orang ketiga dalam perhubungan orang lain hebat sangat ke? Best sangat ke buat perhubungan tu runtuh dan putus? Mesti kita bangga "wah hebatnya aku, lelaki tu pilih aku dari gf/ isteri dia sendiri". Perghh,kejam gila. Tak pernah fikir ke perasaan perempuan yang ditinggalkan tu? tak kesian ke  kat dia?

Mungkin bukan salah perempuan tu 100%. Tepuk sebelah tangan tak mungkin berbunyi kan? mungkin salah lelaki tu juga. Iman tak kuat. Mudah sangat tergoda. ish3.Lain kali taruk jelah gam gajah, bagi kuat sikit iman tu.*sedikit merapu*

Tapi ingatla..kalau kita boleh menyakitkan/menghancurkan hidup/ menggangu perhubungan orang lain, tak mustahil orang lain pun boleh buat macam tu kat kita. 

Tuhan tu maha adil. 'Setiap perbuatan yang kita lakukan ada pembalasannya'. Tak kira la samada perbuatan baik or buruk. Ingat tu wahai si perampas !!.*bagi sesiapa yang terasa je*

Fikir sendiri la wahai kaum-kaum hawa sekalian. Sama-sama la kita menjaga perasaan sesama kita.

Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak jaga kan? Kaum adam bukannya memahami sangat perasaan and hati kaum hawa macam kita nie.

:: Bagi kaum-kaum hawa yang pernah mengalami situasi macam nie, banyak-banyaklah bersabar oke~!~.


Wednesday, February 03, 2010

Kecelaruan Jantina

Kenapa Manusia Jadi Tomboy,pengkid,gay dan pondan?
Mungkinkah kerana :-

A) Peristiwa Hitam Masa Kecil
B) Masalah Psikologi    
C) Terikut-ikut Sejak Dari Kecil    
D) Masalah Keturunan
E) Hyper *** Dan Gila *** (tak mungkin kot)
F) Sesaja Nak Jadi Ahli Neraka

A,B,C,D,E,atau F? Rasa2nya yang mana erk? Korang pilih la sendiri yang mana korang suka. hehe.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Niat hati bukan nak jaga tepi kain insan-insan nie cuma sekarang terlalu ramai remaja yang terbalik .Yang lelaki nak jadi perempuan manakala yang perempuan pula nak jadi lelaki....apa ke halnya? 

Dunia dah terbalik ke? Dulu-dulu kita jarang melihat senario macam nie tapi sekarang macam dah jadi lumrah alam. Jangan salahkan ibu-ibu yang mengandung, salahkan individu tu sendiri.

Dari pemerhatian aku, tidak ramai perempuan yang berperwatakan lelaki. Tetapi lebih ramai lelaki yang berperwatakan perempuan.Hei lelaki-lelaki sekalian, sedarlah diri tu sikit. adoyaiiiii.....
Dah la lelaki sekarang semakin pupus, pastu ada lak lelaki-lelaki yang nak jadi gegirl, semakin pupus la nampaknya. Sebab tu la perempuan2 sekarang banyak yang single mingle. Contoh yang terdekat, aku le insan2 yang single tu. hehehe.

Lelaki-lelaki yang nak jadi perempuan nie @ shemale, suka berjalan beramai-ramai dalam satu pasukan. Berjalan pun ala2 model gitu. Aku rasa, aku jalan pun tak selemah gemalai macam tu. 

Kalau lah 'shemale' nie jadi 'male' sejati, mesti hensem kan. Nape perlu susah2 nak tukar jantina? wat bertambah dosa je. Amalan yang ada nie pun, belum tentu2 lagi cukup nak bawa ke akhirat. chewah~!~ cam ustazah lak aku nie. hihihi.
  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yang tomboi pula tidak kurang hebatnya. Ada sesetengah tu siap ada teman wanita lagi tau. Golongan2 nie suka pakai macam lelaki,seluar terlondeh macam anak-anak remaja lelaki sekarang.

Pakai baju besar nak tutup dada dia kot. Siap hisap rokok pula tu. Diorang nie kadang-kadang suka jalan terbongkok-bongkok.

Maybe nak tunjuk sasa/ kejantanan diorang. Suara pula buat-buat parau. Rambut kontot. Alamak....apa nak jadi nie? haiya..
(*say no to rokok oke~!~*)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Agak-gaknya lah, kenapa mereka-mereka nie jadi macam nie? Mungkinkah  ada sebab-sebab lain selain sebab-sebab A,B,C,D,E dan F yang aku senaraikan kat atas sekali tu. Mungkin sebab pemakanan juga. Boleh jadi kan?

Yelah, sekarang banyak makanan-makanan yang Tak original. Sayur-sayuran, buah-buahan semuanya sudah tercemar dengan baja berlebihan dengan racun serangga sampai ulat pun tak nak makan.

Ayam yang kita makan pula disuntik dengan hormon untuk mempercepatkan pembesarannya. Secara tak langsung, kita pun turut makan hormon tu. Sebab tu yang sekarang kebanyakkan budak-budak ada yang ' lelaki nak jadi perempuan'  dan yang 'perempuan nak jadi lelaki'. 

Yang normal pula kena obesiti.Kalau diperhatikan, ramai kanak-kanak yang mengalami obesiti.Mana tak nya hari-hari bedal ayam KFC lepas tu minum cola. Pilihan makanan tak seimbang. Jangan hairanlah kanak-kanak pun dah ada yang kena diabetes sekarang.

Dunia akhir zaman, macam nie la rupanya. ish3. takut pula bila pkir2 balik. huhu. Nie baru masalah jantina. Tak tengok lagi masalah-masalah lain. Lagi dasyat kot.huh!!

::: Renung-renungkanlah dan selamat beramal ye. hehehe.


Monday, February 01, 2010

D.O.T.A (Dunia Orang Tiada Awek)

*Menjadi seorang yang solo atau single memang sangat seronok. Korang bebas melakukan apa saja, pergi saja mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun sebab tak ada orang nak larang. 

*Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan korang orang lelaki akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal korang

*Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan kesepian.yeke?buku yang kata bukan cik shikin yang kata oke~!~ hehe
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TANDA-TANDA KORANG PERLU TAMATKAN ZAMAN SOLO MOLO KORANG:


1.Perasan semua awek suka pada korang 
- Bila awek lalu sebelah dan senyum kat korang, mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. 

- Korang ingat awek tadi senyum sebab korang memang hensem, maybe senyum kerana gelakkan gaya selekeh korang atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi korang masa makan tengah hari tadi.muahahaha.

2.Membina tabiat makan yang tidak elok 
- Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat. 

-Jika dapur korang penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera tu, sahlah korang dah terlalu  lama single. Try korang pergi periksa dapur skang. Lelaki je, cik2 bunga xpayah.  :)

3.Korang banyak sangat main games 
-Counterstrike? DOTA (Dunia Orang Tiada Awek)? FIFA 2009? WOW? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang korang dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila korang dah ada awek nanti korang dah tak mahu main games lagi. 

-Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda korang dan rosakkan peluang korang nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha perempuan nie?

4.Korang meluahkan perasaan dekat perempuan 
- Apa lagi tanda yang korang telah terlalu lama single? Korang menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan korang seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. 

5.Korang mula stalk awek lama korang
- Terima kasih kepada Internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-Google nama mereka. 

- Disuatu lewat tengah malam korang sedang menaip nama ex-girlfriend’s korang di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. 

- Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah korang nak buat kerja stalking nie. :)

:: Siapa2 yang terasa ambil la. Kalu tak terasa tak payah ambil oke~!~ hehe.

Sunday, January 31, 2010

"..Cintailah Cinta.."

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. 

Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan.

Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA . Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu. " KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA .
 *kekayaan*
Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf, CINTA!" kata KEKAYAAN . "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku.

Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.
*kegembiraan*
CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA .

Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.
 *kecantikan*
Tak lama lewatlah KECANTIKAN. " KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN , "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.

CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku.
*kesedihan*
Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA meminta belas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA.

Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja...", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. 

CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA ?

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua renyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya.

Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi.

Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.


"Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. 

"Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu......"


:::♥♥ Cintailah cintaaaa....♥♥.

Related Posts with Thumbnails