Saturday, January 09, 2010

Treatment For Sugar (Diabetic) - Thank God for Lady Finger

Please note that another name for Lady Finger is " OKRA ".

Last month in one of TV program I learnt of a treatment of Sugar (Diabetes). Since I am diabetic, I tried it and it was very useful and my Sugar is in control now. In fact I have already reduced my medicine.

Take two pieces of Lady Finger and remove/cut both ends of each piece. Also put a small cut in the middle and put these two pieces in glass of water. Cover the glass and keep it at room temperature during night. Early morning, before breakfast simply remove two pieces of lady finger (bhindi) from the glass and drink that water.

Keep doing it on daily basis.

Within two weeks, you will see remarkable results in reduction of your SUGAR.

My sister has got rid of her diabetes. She was on Insulin for a few years, but after taking the lady fingers every morning for a few months, she has stopped Insulin but continues to take the lady fingers every day.

But she chops the lady fingers into fine pieces in the night, adds the water and drinks it all up the next morning. Please. try it as it will not do you any harm even if it does not do much good to you, but U have to keep taking it for a few months before U see results, as most cases might be chronic.

Friday, January 08, 2010

Two-headed Kitten

Kiut miutnye anak kucen nih..geramm je tgk..hehe


This grey and white two-headed feline was born at the Swan Veterinary Clinic in Perth, Western Australia, when its mother was brought in after suffering complications during birth. Veterinarian George Huber and nurse Louisa Burgess assisted the labor. The tiny kitten – smaller than a hand – was one of three born in the litter, but its siblings were not born with any deformities.

The kitten eats out of just one mouth because of a cleft palate, but both its mouths miaow simultaneously. Only about one in a million cats are born with two heads, however the deformity is more common among other animals, especially snakes and turtles.. (Sumber)

Thursday, January 07, 2010

Kisah Sepuluh Ringgit

Forwarded by a friend thru emel:

Sebelum saya memulakan tulisan saya untuk kali ini, ingin saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengucapkan tahniah kepada saya atas kelahiran anak kedua saya. Apa yang saya bakal ceritakan juga sebenarnya berlaku 2 hari sebelum kelahiran Nazhurah. Satu kejadian yang mengundang air mata saya dititiskan. Ianya berlaku di pekan Kuala Selangor sewaktu perjalanan pulang ke Tanjung Karang.

Disebabkan saya tiba lewat di rumah kakak ipar saya di Teluk Panglima Garang, maka kami menukar rancangan untuk pulang ke Tanjung Karang keesokan harinya. Apabila bangun pagi keesokan harinya, isteri saya mendapati badan Naqibah mulai panas. Tetapi kami merancang untuk meneruskan rancangan kami dan akan singgah ke klinik apabila tiba di pekan Kuala Selangor nanti.

Di dalam teksi, Naqibah hanya tidur di pangkuan saya sepanjang perjalanan. Dia hanya terjaga sebaik teksi berhenti di sebuah klinik di deretan sebuah rumah kedai berhampiran stesen minyak Shell di Kuala Selangor. Kami segera masuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan untuk Naqibah. Doktor mengesahkan Naqibah hanya demam biasa. Alhamdulillah. Mungkin kerana telalu kepenatan semalam.

Setelah mengambil ubat dan membayar kos rawatan, kami keluar dari klinik dan singgah di butik Anakku yang terletak di sebelahnya. Tiba-tiba isteri saya dihampiri oleh seorang perempuan dengan anak kecilnya. Dari segi rupanya kelihatan seperti seorang berbangsa India tetapi dia mengenakan tudung di kepalanya. Mulutnya pula berkata sesuatu yang sukar untuk kami fahami sambil menunjukkan duit seringgit di tangan kanannya.

Saya berfikir mungkin perempuan ini seorang peminta sedekah. Saya segera mengeluarkan duit seringgit dari beg duit saya dan menghulurkan kepadanya. Dia mengucapkan terima kasih sambil mulutnya masih terus membebel yang saya tidak faham biji butirnya. Hanya yang saya faham, dia berkata bahawa dia dan anaknya masih belum makan. Timbul rasa simpati di hati saya mendengarnya.


Sebelum menaiki teksi di Kelang, sempat saya singgah di mesin ATM untuk melihat gaji. Jumlah yang tertera mengundang senyuman di bibir. Maklumlah, bulan ini bonus kami dikreditkan ke dalam akaun kami. Mengenangkan gaji saya yang agak lebih di bulan ini, saya kira tidak ada salahnya jika saya hulurkan kepada perempuan itu lebih sedikit juga. Bukan banyak pun. Hanya
RM10 sahaja.

Sebaik melihat kertas merah di tangan saya, wanita itu melonjak kegembiraan. Lantas dia segera merentap tangan isteri saya dan menciumnya. Isteri saya kebingungan dengan reaksinya. Saya juga terkedu melihatnya. Dan yang paling menyedihkan, apabila wanita itu meneriak anaknya sambil berkata dengan riang “Adik! Kita makan dik!” dan kemudian menarik anaknya ke kedai makan yang terdekat.

Saya tidak dapat menahan sebak di dada. Saya dapat rasakan ada titisan air mata di kelopak mata saya. Apabila isteri saya memandang kepada saya, saya segera menoleh ke arah lain. Malu pula rasanya hendak menangis di hadapan isteri. Tetapi apa yang berlaku cukup-cukup menyentap emosi saya. Malah hingga ke hari ini, rasa sebak masih melanda apabila melihat riangnya wanita itu beroleh duit sebanyak RM10…

“Sedih abang Yang…” kata saya kepada isteri saya sebaik wanita itu jauh dari kami. “Dia dapat sepuluh ringgit je tapi seronoknya melampau. Abang… Gaji abang lebih bulan ni. Tapi abang tak ingat pun abang cakap Alhamdulillah ke tak masa tengok gaji tadi…” Insaf saya. Selama ini saya
menganggap RM10 itu bagaikan kertas yang hampir pupus nilainya tetapi ada orang lain yang gembira bukan kepalang apabila beroleh wang sebanyak itu.

“Kita ingat Achik dengan Ateh dan cukup susah. Tapi ada orang lain yang lebih susah, kan?” tambah isteri saya pula yang mengundang lebih keinsafan dalam diri saya. Betapa saya selama ini kufur dengan nikmat yang Allah beri. Betapa saya tidak pernah merasa cukup dengan limpahan rezeki yang dikurniakan. Sedangkan ada orang yang mendapatkan sebahagian kecil dari apa yang saya perolehi begitu pandai menghargainya.

Saya cuba bayangkan diri saya dalam keadaannya. Tanpa kereta dan tanpa telefon bimbit, aksesori yang bagi saya sengaja dijadikan keperluan. Bukan setakat itu, makan juga terpaksa mengharap simpati orang. Bagaimanakan keadaan saya ketika itu? Akan berimankan saya dengan iman seperti hari ini ataukah saya menjadi orang yang menyalahkan takdir? Wana’uzubillahi minzalik. Semoga Allah melindungi kita dari keburukan.

Pulang ke rumah di Johor Bahru, saya bercerita kepada abang saya tentang apa yang berlaku. “Eh eh dik…” Kata abang saya terharu. “Kalau kita macam tu entah macamana agaknya” katanya lagi seolah-oleh menyetujui pemikiran saya. Sebentar kemudian dia menambah… “Tapi… Ada sesetengah tu tipu je. Ada sindiket. Kadang-kadang tu pengemis ni hidup lagi mewah dari kita. Banyak berlakon je…” katanya.

Saya terdiam sebentar. Sebenarnya perkara ini pernah ditimbulkan dalam satu forum di ruang siber. Tetapi bagi saya, ianya sesuatu yang mudah. Setiap kali tangan ini menghulurkan, saya tidak pernah memikirkan kejujuran orang yang menadah. Bagi saya, apa yang terlihat di hadapan mata saya ketika itu adalah kebenaran. Jika dia tiba di hadapan saya sebagai orang miskin, maka betullah dia seorang yang miskin.

Bagaimana jika dia menipu? Itu urusan dia dengan Allah. Saya tidak risaukan jika dia seorang kaya yang berlagak miskin. Yang saya risaukan jika dia benar seorang yang miskin dan memerlukan bantuan tetapi tidak saya bantu kerana sifat prejudis saya terhadap golongan peminta sedekah. Maka berdosalah saya sebagai seorang muslim yang tidak menghiraukan saudara muslimnya yang kelihatan dalam kesusahan.

Lebih dari itu, Allah melalui lidah mulia Nabi Muhammad saw menjanjikan balasan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang bersedekah. Tidak pula Allah meletakkan syarat, jika orang yang kita berikan sedekah itu sebenarnya adalah seorang yang kaya, maka pahala yang telah dikurniakan kepada kita akan ditarik balik. Tidak! Allah tidak pernah berjanji begitu. Jadi mengapa harus saya membebankan fikiran saya dengan perkara yang tidak sewajarnya?

Abang saya mengangguk-anggukka n kepada tanda bersetuju. Begitulah. Jika hendak melakukan kebaikan, tidak perlu meletakkan syak dan wasangka. Hanya letakkan harapan dan doa agar wang yang kita dermakan tidak nanti disalah gunakan. Kedudukan kita sebagai jutawan hari ini tidak mampu menjanjikan bahawa kita tidak mungkin akan menjadi peminta sedekah pada esok hari. Jika mahukan bantuan Allah, maka bantulah sesama manusia…

Tuesday, January 05, 2010

Buah Delima

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)
Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.”

Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Antara kebaikannya yang lain:

*menghalang pembentukan sel kanser
*mencantikkan kulit
*mencegah dr nyanyuk
*memberi tenaga
*elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
*elok utk sistem penghadaman
*mngurangkan berat badan
*prevent morning sickness( utk org mengandung)
*memperelokkan rahim
*dll


p/s: so, sesiapa yg ada gejala anaemia, talasemia, darah tinggi/rendah, masalah organ hati, limpa, jantung, amalkanlah buah delima.. jgn percaya sgt pada fakta sains yg berkata memakan hati boleh member kesan positif kpd kesihatan tubuh badan sedangkan di dalam islam sendiri, Rasulullah melarang umatnya memakan organ2 dalaman haiwan.. kerana dalam organ2 berkenaan mengandungi kadar asid urik yg tinggi..

Talasemia

Apa itu Talasemia?

Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita.

Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan, di mana anak mendapat gen talasemia daripada ibubapa. Ianya bukan penyakit berjangkit , iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air , atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.

Satu daripada dua puluh penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia. Di Malaysia, terdapat 600,000 hingga 1 juta pembawa talasemia, dan lebih kurang 2500 pesakit talasemia major. Kebanyakan pesakit adalah daripada keturunan Melayu, Cina dan kaum Bumiputra Sabah.

Jenis-jenis Talasemia

Terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu:

* Pembawa gen talasemia( Talasemia minor)
* Pesakit talasemia (Talasemia major)

Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh dibuat mengenai ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.

Manakala pesakit talasemia tajor akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3- 18 bulan. Tanda dan gejala termasuk:

* Keadaan pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah
* Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
* Jaundis
* Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
* Tumbesaran terbantut
* Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan di bahagian muka

Bagaimana gen Talasemia diturunkan kepada anak?

Anak mewarisi gen talasemia daripada ibubapa. Contohnya, jika kedua-dua ibubapa adalah pembawa gen talasemia, berkemungkinan setiap kehamilan melahirkan bayi berpenyakit talasemia adalah tinggi.


Rawatan untuk pesakit Talasemia

Pesakit talasemia tajor perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan dalam seumur hidup. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.

Akan tetapi, transfusi darah yang berpanjangan akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting di dalam badan.Fungsi organ-organ seperti jantung, hati dan kelejar endokrin akan terjejas dan ini akan mendatangkan kesan buruk terhadap pesakit.

Oleh itu, rawatan penyingkiran zat besi adalah amat penting bagi pesakit talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan atau mulut. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa yang dijalankan terhadap pesakit talasemia major bergantung pada situasi tertentu.

Rawatan pemindahan sum-sum tulang daripada adik-beradik yang sesuai juga ada dijalankan,. sementara rawatan gen masih di dalam kajian.

Komplikasi Talasemia

Jika tidak dirawat, pesakit talasemia akan mendapat tanda-tanda yang disebut di atas dan ia boleh membawa maut disebabkan oleh kesan anemia yang serius, kegagalan jantung dan jangkitan kuman.

Jika hanya mendapat rawatan transfusi darah tanpa rawatan penyingkiran zat besi, zat besi yang terkumpul di dalam organ-organ akan mengganggu fungsi organ tersebut.
Bolehkah Talasemia dicegah?

Talasemia hanya boleh dicegah dengan mengenal pasti pembawa gen melalui ujian saringan dan mengelak perkahwinan sesama pembawa-pembawa gen talasemia.

Monday, January 04, 2010

Jerawat oh Jerawat!!

~Menghilangkan Jerawat Batu

Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu.. Insya-Allah jerawat batu anda akan hilang.

~Menghilangkan Parut Jerawat

Cara : Potong kentang(bukan French Fries) secara nipis-nipis, jangan basuh dan tekapkan pada parut-parut tersebut.Biarkan sehingga kering. Cuci muka dengan air suam. Selamat mencuba.

Muka Kasar Dan Berbintik-bintik Hitam

Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

Rahsia kekal sihat dan cergas

Kepada korang yang suka sangat berdiet tu kononnya nak jaga badan ,bila terhidang depan mata makanan yang sedap2 mesti korang tak tolak bukan? (kalau aku pon memang tak tolak punya)yerla..mana tak tolaknya,depan mata dok nampak ayam goreng,sambal belacan,ayam masak pedas mesti semua makanan tu nak dihabiskan.Ingat!korang jangan ikutkan nafsu sangat bila nak makan makanan yang sedap2 ni.Cuba amalkan pengambilan makanan yang berzat dan amalkan gaya hidup sihat.Dibawah ni aku senaraikan 3 tip yang boleh korang ikut dalam menjadikan hidup sihat itu satu budaya kita.Jom sama2 kita terjah...

1) Pengambilan Vitamin E

  • Untuk pengetahuan korang,jika korang selalu amalkan pemakanan yang mengandungi vitamin E,ia mempunyai kemampuan untuk meningkatkan imunisasi tubuh badan korang dan ia juga berfungsi untuk melawan radikal bebas yang keluar ketika korang tengah stress!

  • Contoh Vitamin E yang korang boleh amalkan ialah Almond,kobis,kacang hijau dan macam macam lagi.
2) Pengambilan Karbohidrat

  • seperti yang umum tahu kan,karbohidrat bukan saja berfungi membekalkan tenaga untuk tubuh badan dan otak kita,karbohidrat juga boleh merangsang pengeluaran hormon serotonin yang akan membuatkan korang lebih terasa 'relax' dan cool!Cuba amalkan makanan yang berkarbohidrat kompleks untuk dapat lebih banyak karbohidrat.

  • Contoh karbohidrat yang korang boleh amalkan ialah roti gandum,Pasta dan banyak lagi.
3)Amalkan minum susu

  • Korang semua pon tau akan kelebihan minum susu ni bukan?Kita tengok orang india,kenapa mereka ni bila lari merentas desa selalu dapat no 1?jawapannya mudah saja kerana mereka suka minum susu.Dah menjadi adat mereka sejak turun temurun lagi minum susu ni.Susu baik untuk Tulang dan kecergasan fizikal & stamina kita.

  • Bagi mengembalikan kesegaran tubuh badan korang yang banyak kehilangan air tu kan,al-maklum lah sekarang ni cuaca panas je ,adalah lebih baik korang amalkan minum susu panas atau air suam.

  • Tip yang terbaik untuk korang kekal sihat ialah korang ambik sepotong roti bakar bersama secawan susu halia panas atau suam.

  • Apa yang perlu korang buat?firstly,panaskan susu rendah lemak yang telah dicampurkan dengan serbuk kayu manis dan halia.Biar hingga mendidih dan campurkan dengan satu sudu teh madu.Korang nikmatilah sendiri maca mana rasanya!

Warna,Aura & Personaliti

Apa itu aura? secara umumnya,aura adalah terlalu kompleks dan sentiasa berubah-ubah, ia tidak boleh mentafsir secara mudah berdasarkan pada warna aura itu semata-mata.Jom kenali sifat personaliti seseorang melalui warna dan auranya.

Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi.

Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.


Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.

Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan .

Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.

Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.

Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.

Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.

Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.

Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.

Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .

Cinta dan Nafsu

Sering sekali kita mendengar ada orang bertanya "apa perbezaan antara cinta dan nafsu?"."Bagaimana untuk membezakan antara cinta dan nafsu?'.

Bagi sebagian orang, mereka mengatakan cinta dan nafsu itu sama saja.Peribadi cinta dan nafsu jelas dua hal yang berbeza. Meskipun perbezaannya sangat tipis, mungkin itu yang membuat orang selalu keliru, serta tidak boleh membezakan yang mana nafsu,dan mana cinta..?

Ini dia 5 Perbezaan cinta dan nafsu. Cara mudah membezakan cinta dan nafsu agar tidak keliru dan blur.

1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu membahayakan

Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan bagi orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemui dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada dalam kondisi yang membahagiakan. Sebaliknya, orang-orang yang keliru dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam kondisi yang membahayakan. Kita perlu ingat setan/iblis ada dimana mana saja untuk menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan jika kita menganggap nafsu adalah cinta!


Cinta dan nafsu seperti dua sisi dari matawang yang sama. Cinta adalah sisi positif, nafsu adalah sisi negatif dan wang itu adalah hubungan. Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benarnya cinta akan mengarahkan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa bermaksud untuk menyakiti pasangan. Lain halnya dengan orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah sex.Sekaligus menjerumus mereka ke dalam situasi yang membahayakan.


2.Cinta buat kita ketawa,Nafsu Buat kita kecewa

Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar.ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memotong rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa tuai, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanami padi (cinta) itu tadi berupa buah padi (kebahagiaan) . Lain dengan orang-orang yang keliru yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. Ketika sampai masa untuk tuai, tentu mereka dapat hanyalah segulung rumput liar (nafsu) yang tidak sedap dimakan (kekecewaan) .

Di sinilah kita perlu brtanya kepada hati kita sendiri, apakah hubungan yang kita jalani dengan pasangan sudah biasa membuat kita ketawa atau hanya serangkaian kekecewaan yang kita dapat..? Kalau yang kita dapat hanya kecewa dan kecewa, ada baiknya untuk kita mengkaji kembali,apakah hubungan yang kita jalani berlandaskan cinta atau nafsu..?

3. Cinta selalu ingin memberi, Nafsu hanya ingin diberi

Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara automatik keduanya akan menerima. Tapi kalau kita dan pasangan ingin diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi)so siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya yang terjadi tidak ada yang akan diberi kerana tidak ada siapa diantara pasangan itu yang ingin memberi.(cuba fikirkan maksud ayat yang dinyatakan nih)!

4. Cinta yang terbaik, Nafsu yang terbalik

Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan dan selalu memperlakukan pasangan dengan cara-cara yang baik. Bagaimana dengan nafsu..?

Diharapkan artikel diatas dapat memberi kita sedikit gambaran mengenai selalu ingin diberi dan cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang menyesatkan. perbezaan antara nafsu dan cinta. Sehingga kita semua tidak terjerumus kedalam hubungan yang penuh nafsu!

Sunday, January 03, 2010

BMW Tue Saya Beli Ngan Duit Sendiri La – Zizie Ezette


Ingatkan dah setel nikah ngan Bung Mokhtar setel la cerita pasal si Zizie Ezette nie. Rupanya makin banyak citer yang keluar. Terbaru ialah pasal kereta BMW dia. Nombor plat kereta dia WPY 2121 (ZIZI) tue. Memang cool. Tapi nak dijadikan ceritanya ramai la yang cakap kereta dia nie dibeli oleh Bung Mokhtar. Konon hadiah perkahwinan sebab sudi kawin ngan dia la kot.

Tapi Zizie Ezette membalas balik gosip-gosip liar tue semalam. Katanya dia memang dah tempah lama dah BMW tue. Cuma lepas kawin ngan Bung Mokhtar jer baru dapat. So itu yang orang ingatkan BMW tue dihadiahkan oleh Bung Mokhtar. Padahal tue guna duit titik peluh dia sendiri.

Sebenarnya kami tak kisah pun kalau Bung Mokhtar belikan BMW untuk dia. Apa salahnya seorang suami hadiahkan kereta kat isteri dia kan? Duit suami duit isteri gak. Duit isteri memang duit isteri jer. Suami takleh sentuh. Lagipun Bung Mokhtar kan kaya. Apa salahnya berhabis sikit duit dia yang puluh juta tue untuk isteri gebu.

Pesanan untuk Zizie, anda sepatutnya membuat kenyataan seberapa pantas yang boleh semasa gosip kawin anda keluar dulu. Sekarang nie macam manalah orang nak percaya anda beli BMW tue guna duit sendiri. Bab kawin pun taknak mengaku. Inikan pasal kereta.

Zakuan Adha – Saya Lelaki Sejati, Bukan Gay


Wah ingatkan kisah cinta Zaquan Adha dengan Ayu Raudhah je yang femes. Tapi rupa-rupanya gosip panas yang kononnya Zaquan Adha nie mengamalkan gaya hidup songsang (gay) lagi femes rupanya. Memang nampak sangat tak logik. Mementang la si Zakuan nie hensem dan muka jambu sikit. Terus ada orang buat citer kononnya dia nie gay Melayu. Ish-ish.

Kami rasa mereka yang sebarkan fitnah nie adalah peminat-peminat Ayu Raudhah. Mesti diorang pernah nak tekel Ayu Raudhah tapi kena rejek sebab Ayu dah suka kat Zakuan. Disebabkan kebengangan yang teramat maka mereka-mereka nie watlah citer yang kononnya Zakuan nie gay. Semata-mata nak jatuhkan maruah Zakuan di mata Ayu Raudah.

Tapi jangan risau sebab Ayu dah bagitau kat suratkhabar hari tue yang Zakuan nie lelaki sejati. Tapi jangan salah paham lak. Diorang berdua tak pernah “test drive” untuk memastikan kelelakian Zaquan. Ayu cuma cakap camtue dengan pengamatan dia selama mereka berkawan nie.

Dan yang terbaru kami tengok kat Buletin Utama tadi, Zakuan Adha dah failkan kes saman kat suratkhabar yang keluarkan cerita nie. Menangis la membayar saman nanti. Memang susah la menang kes nie sebab kena buktikan yang Zakuan benar-benar gay. Lain kali hati-hati sikit buat cerita. Jangan sampai jadi camnie. Abiskan duit kompeni jer.

Buat Zakuan, satu cara terbaik untuk anda menepis gosip murahan ini ialah berkahwin secepat mungkin dengan Ayu Raudah. Tunggu apa lagi. Duit pun dah banyak dah kan? Kata dapat bonus RM30,000 sebab menang emas ari tue. Masuk jerlah melamar si Ayu tue.

Tudung Bunga Telur Siti Nurhaliza

Unik dan menarik tudung yang dipakai oleh Siti Nurhaliza kali ini. Berbentuk seperti bunga telur di majlis perkahwinan dengan disertakan pemakaian gaun berwarna ungu. Siti mempergayakannya sempena Konsert Seribu Warna yang diadakan pada 14 atau 15 November yang lalu hasil kerjasama bersama M. Nasir. Kira-kira 9,000 orang dan Siti Nurhaliza mendendangkan 12 buah lagu termasuk sebuah lagu Anuar Zain dan juga Faizal Tahir.


Siti Nurhaliza berazam dapat anak tahun 2010


Kata penyanyi nombor satu Negara, Siti Nurhaliza, dia tidak pernah putus-putus berdoa kepada Allah SWT, saban tahun menjelangnya tahun baru Masihi untuk mendapat anak sekaligus mengeratkan lagi kasih sayangnya dan hubungan intim dengan suami yang tercinta, Datuk Seri Khalid.

"Ketika mula-mula kahwin dulu, saya fikir, selepas kahwin kita mesti hendak ada anak. Tapi rupanya, perkara itu tidak mudah seperti dibayangkan. Kini, saya terfikir juga soal anak tapi tidak mahu memikirkan perkara itu secara serius kerana ia soal rezeki dari Tuhan. Ada juga orang yang berehat dua tiga bulan dari aktiviti seni dalam usaha untuk mendapat anak tapi saya pula lebih suka buat kerja seperti biasa. Apabila bekerja, saya berasa gembira kerana dapat menghiburkan orang. Apapun, saya dan suami tidak pernah berputus asa untuk terus berusaha mendapatkan anak seperti diidamkan," katanya.

"Saya tidak berasa sunyi di rumah kerana suami juga sudah mempunyai anaknya sendiri (perkahwinan pertama). Selain itu, ibu mentua juga sering menemani saya di rumah," katanya.Penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia dari Kuala Lipis, Pahang ini tidak pernah melihat soal anak itu sebagai kekurangan dalam rumah tangganya.

Norman KRU pengetua AF8?

Penulis akui yang rancangan realiti Akademi Fantasia sudah tidak relevan lagi. Bukan kerana apa, Akademi Fantasia sekarang sudah jauh daripada matlamat utamanya, semua pelajarnya lebih cenderung dalam bidang lakonan, jadi pelakon. Nyayian kurang dan mungkin ada yang bersara lebih awal. Dalam hal yang lain pula, sumber perisikan terbaru telah beritahu bahawa rancangan ini, mungkin akan menerima individu termuda untuk menduduki kerusi panas sebagai Pengetua AF.

Norman Abdul Halim atau Norman KRU kini adalah Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, beliau adalah diantara calon-calon yang disebut-sebut dengan penjawatan kerusi berkenaan. Norman KRU yang memulakan langkah pertamanya dalam bidang seni dengan muncul bersama kumpulan KRU yakni adik beradiknya juga dalam tahun 1992, dimana kumpulan mereka menjadi amat terkenal di seluruh Malaysia. Norman KRU yang sekarang berusia 37 tahun, akan menjadi Pengetua Akademi Fantasia yang termuda selepas Datin Seri Tiara Jacquelina (42 tahun) jika perkhabaran ini benar.

Linda Onn keluar Sinar FM?

Ini dari sumber-sumber yang boleh dipercayai..L.O dah pun babai dari Sinar; dengar citer dia nak gi ke Suria fm; tak tau betul ke tak, tapi kisah dia tinggalkan sinar tuh memang confirm.... so..ada ke sesapa yang nak menangisi pemergian L.O, selain abang-abang lori?
pada aku, meh la kita ucapkan selamat maju jaya kat dia; semoga terus dimurahkan rejeki dan cepat dapat jodoh. babai L.O....

Bekas Isteri Nash, Sosilawati di tangkap khalwat?


Seorang usahawan kosmetik terkenal yang kini sedang menjalani majlis Sulh (perbincangan) kes tuntutan RM1.38 juta ke atas bekas suaminya seorang penyanyi rock popular di Mahkamah Tinggi Syariah yang masih lagi belum menemui jalan penyelesaian telah ditangkap berkhalwat tengah malam 1 Januari 2010. Serbuan khalwat itu dilakukan di Astana Damansara Kondominium di Petaling Jaya setelah mendapat aduan daripada masyarakat sekeliling.

Menurut sumber, serbuan itu dilakukan oleh pihak Masjid Kolej UIA yang diketuai oleh seorang ustaz. Serbuan khalwat tersebut difahamkan dibuat pada jam 12.30 tengah malam. Menurutnya, seramai lapan orang terlibat dalam serbuan mencegah maksiat dan khalwat yang dijalankan pada malam tahun baru itu. Kata sumber itu lagi, pintu unit A2 di salah sebuah blok diketuk berkali-kali bermula dari jam 12.05 malam tapi hanya dibuka selepas setengah jam kemudian.


Jelasnya lagi, usahawan kosmetik itu memberi alasan beliau telah singgah ke kondo sewaan teman lelakinya itu selepas keluar makan malam. Tujuan beliau singgah ialah untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan yang direncanakan berlangsung pada minggu hadapan.

Petua Menghilangkan Parut

Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat.

Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)

Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...

Pesakit Jiwa dan Pilot

Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan utk membawa 30 pesakit jiwa
berpindah ke satu kawasan yg baru dgn menaiki kapal terbang yg akan di
pandunya.

Pada keesokan hari, spt yg dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30
pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki
kapal terbang itu. Mereka semua melompat2 di dlm kapal terbang itu.
Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yg hanya mendiamkan diri.

Tiba2 kapal terbang yg mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit yg
melompat2 itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia
tidak dapat mengawal kapal terbang yg bergegar itu. Pilot tersebut
memanggil pesakit jiwa yg pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu
kawan2nya supaya berhenti bermain.

5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot
memangggil sekali lagi pesakit jiwa yg pendiam itu dan bertanya, "Kenapa
semuanya boleh menjadi senyap dlm sekelip mata..? Apa yg kau bagi tau sama
kawan2 kau itu?". Pesakit itu pun manjawab "Saya bagi tau kat kawan2 saya
..... kalau nak melompat2............pergi main kat luar!!!!

Pening

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai
anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak
tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.
Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli,
Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada
Bapak Mertuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan
anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada
Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli,
Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri
Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah
Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli,
Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu
kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...
muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo..
phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... .... aku sindiri naik fening menterjemahkan
semua nih!!

Kahwin

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!!

Kek Hari Jadi

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Kambing Hitam & Kambing Putih

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"

Gembala : "Oh, boleh saja"

Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"

Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : "Yang putih"

Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"

Pemuda : "Dan yang hitam?"

Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"

Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : "Yang putih."

Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."

Pemuda : "Dan yang hitam?"

Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"

Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : "Yang putih."

Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."

Pemuda : "Dan yang hitam?"

Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"

Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."

Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"

Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"

Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

Jam Dinding

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

Kejadian Seram di Wad ICU

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya...

I'm sorry

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "
Related Posts with Thumbnails