Sunday, January 03, 2010

Siti Nurhaliza berazam dapat anak tahun 2010


Kata penyanyi nombor satu Negara, Siti Nurhaliza, dia tidak pernah putus-putus berdoa kepada Allah SWT, saban tahun menjelangnya tahun baru Masihi untuk mendapat anak sekaligus mengeratkan lagi kasih sayangnya dan hubungan intim dengan suami yang tercinta, Datuk Seri Khalid.

"Ketika mula-mula kahwin dulu, saya fikir, selepas kahwin kita mesti hendak ada anak. Tapi rupanya, perkara itu tidak mudah seperti dibayangkan. Kini, saya terfikir juga soal anak tapi tidak mahu memikirkan perkara itu secara serius kerana ia soal rezeki dari Tuhan. Ada juga orang yang berehat dua tiga bulan dari aktiviti seni dalam usaha untuk mendapat anak tapi saya pula lebih suka buat kerja seperti biasa. Apabila bekerja, saya berasa gembira kerana dapat menghiburkan orang. Apapun, saya dan suami tidak pernah berputus asa untuk terus berusaha mendapatkan anak seperti diidamkan," katanya.

"Saya tidak berasa sunyi di rumah kerana suami juga sudah mempunyai anaknya sendiri (perkahwinan pertama). Selain itu, ibu mentua juga sering menemani saya di rumah," katanya.Penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia dari Kuala Lipis, Pahang ini tidak pernah melihat soal anak itu sebagai kekurangan dalam rumah tangganya.

0 Loves:

Related Posts with Thumbnails