Thursday, December 31, 2009

19 Sebab Lelaki Tak Kahwin


1.Duit Belum Cukup lagi
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin dan hantaran lagi.Dah tu mas kawin dan hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga! (hot cup megi sekarang RM2.10)

2.Nak beli kereta dulu baru nak kahwin
Tak ada kereta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan sekarang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu!

3.Susah la nak cari yang berkenan dihati
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini?Ada duit abangku sayang, takda duit?sayang pun abis!

4.Tak sampai seru lagi kot

Awek pun tak ada lagi macamana mau kahwin? (Aku pun kadang2 terasa macam tu juga)

5.Banyak sangat halangan
Banyak sangatla procedure sekarang ni. Nak kena masuk kursus la. Ujian HIV la. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!haha

6.Belum bersedia lagi
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat.Pompuan apa tau?se Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana inikan pula nak kahwin?hohoho

7.Ilmu tak cukup lagi
Kalau Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat mimpi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga? soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara,orang salahkan kita jugak!

8.Kalau Kahwin Kena Ada Komitmen
Kalau Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 kali 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri.dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri. Berat tanggungjawab ni. Bukan senang nak pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9.Dah mencubalah tapi telah dikecewakan
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita!

10.Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu

Tangungjawab lelaki ni lebih besar dari pompuan.Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kahwin bapa dan saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11.Perempuan Suka Sangat Merajuk
Pompuan ini sikit-sikit nak merajuk. Anak kucing dia hilang sehari pun dia merajuk. Macam la kita yang curi anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan (Memang botak la kepala kena kikih) .Hbis tu bila duit kita nak cukup untuk kahwin?hu

12.Perempuan Suka Buat Benda Yang Lelaki Tak Suka
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti?

13.Takut Bercinta Sebab Pernah Dilukakan

Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

14.Dia nie suka pasang ramai org sangat.
Haah? dia banyak kawan2 lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

15.Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak.
Pompuan memang camtu..

16.Nak carik yang solehah lah.
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

17.Masalah la
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

18.Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la saya
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

19.Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia

6 Sifat Lelaki Gentleman


Jika anda seorang yang bergelar lelaki,adakah anda seorang yang skema?romantik?caring?gentelman?.Allah telah tentukan seorang lelaki perlu mencari pasangan yang bukan 'sejantina' dengannya yakni gay!oleh itu,untuk mencari pasangan,adakah anda menepati ciri2 yang diidamkan oleh seorang perempuan?dibawah aku ada terangkan sedikit tips2 yang perlu ada untuk seorang lelaki yang gentelman!yeah..kaum perempuan memang suka akan lelaki yang gentelman ni..mari sama2 kita baca dan cermin diri kita sama ada kita gentleman atau sebaliknya...

Berkelakuan Baik (Matang)

Andai kata korang tak suka @ ada yang tidak suka dekat korang disebabkan sifat yang ala2 'gedix' ke, jangan tonjolkan sikap kurang senang korang itu sebaliknya korang perlu sentiasa berkelakuan baik dan bersopan santun.Letakkan diri korang pada tahap rasional,pasti mereka akan suka dekat korang.

Jangan Maki Hamun(Mencarut)
Jangan cuba tonjolkan sifat panas baran korang atau mencari nahas dengan memaki hamun dan mengutuk even hati korang tengah sakit atau bad mood. Sekiranya korang bersifat macam ni,mereka akan melabelkan korang sebagai individu yang bermasalah serta kurang ajar!.Anda mahu macam tu?pikir sendiri..

Berwaspada Dengan Setiap Percakapan

Bagi lelaki2 yang suka bercakap dalam nada yang tinggi tu,ubah sikap itu kerana dengan percakapan macam tu,secara tak langsung boleh menyebabkan perempuan mudah sakit hati.Secara automatik,mereka akan anggap korang ni sombong atau angkuh.

Banyakkan Bersabar
Jika tahap kesabaran korang sudah hilang,secara tak langsung menunjukkan pada perempuan yang korang ni mudah tewas dengan emosi sendiri.! sekiranya korang gagal kawal sifat perasaan marah,macam mana korang mahu mengawal hal lain terutamanya yang melibatkan emosi? Oleh itu,banyakkan bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah kerana orang yang penyabar ni banyak kelebihannya,Nabi Muhammad S.A.W seorang yang penyabar bukan?ayuh,bersabar la..

Jangan Menyampuk!
Yang ni lagi satu hal,orang tak habis cakap lagi dah potong 'line'..Bagi la si dia menghabiskan kata katanya sebelum korang memberi komen. Gangguan dalam komunikasi boleh menjejaskan tahap sosial korang.remember! Nak bercakap.ikut la turn..ala macam kita nak beli tiket wayang arr time nk 'dating' ngn awek dalam wayang..barulah komunikasi antara korang akan lagi bertambah +++ best!hek2..

Hormat Orang Yang Lebih Tua
Kalau korang nak perempuan respect korang,korang perlu respect dekat mereka ni dulu tambah2 kalau si Dia lebih tua dari korang. al maklum lah kan,orang yang lebih tua dari kita ni,banyak pengalaman sikit kot dari kita..So,be respect each other baru boleh kekal dan disukai perempuan2 diluar sana tuh..hehehe

Cerita Lawak 2 Ekor Hantu

"Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka

pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai

hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis

menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk! !" Jawab

Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian. .. aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation?

Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas


Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah! In fact mase aku mati tu, aku in recovery.

Panjang ceritanya... " jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil- sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day,

aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually

aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku

syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab

nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran,

mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah

aku. Aku tanye isteri aku tapi die tak mau jawab. So aku pun lari-lari

sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi

takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku

pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati

lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa

ketika, Hantu B berkata,

"Apasal kau tak cari kat dalam peti sejuk?

Tanda Sebelum Mati

Setiap yang hidup past mati!Aku rasa tak semua orang tau pasal perkara ni.Sekadar berkongsi info yang aku dapat melalui email.sama2 kita ambil iktibar dan berdoa moga dipanjangkan umur.Amin!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.


Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mere ka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak
Related Posts with Thumbnails