Friday, January 15, 2010

Wonder Boy..

Layannn...kiut siott...hik3...




Sebelum Terlambat...

Tadi aku ada terbaca 1 kisah dlm 1 web nie...web ape 2 xyh tahu la k...aku trtarik ngn 1 kisah nie.....sedih pn ada gk...sob..sob..sob...alahai....aku nie....feeling la plak..erm...berbalik pda cte td...cte nie mengenai pengorbanan seorang suami kpda isteri y xprnh cintaknnya...begitu bsr cinta si suami trhadap isterinya..alangkah bahagianya aku andai dikurniakn suami y cmnie....ececece..gatal nk kawen la plak aku nie....xsalahkn???hihihi...ok...mari kita ikuti kisah ttg si suami ngn si isteri nie...

ALKISAHNYA...........................

Suatu hari, seorang gadis telah dipinang oleh seorang jejaka. Si gadis menolak kerana dia tidak suka dengan lelaki tersebut.

Tapi, ayah si gadis telah memaksa si gadis agar menerima lelaki tersebut kerana kata ayahnya "apabila seorang gadis itu telah dipinang oleh seorang lelaki yang telah cukup sifat dan baik agamanya, adalah tidak wajar bagi si gadis menolak kerana ia mungkin akan membawa musibah di suatu masa nanti"

Si gadis akhirnya akur. Dalam rela dan keterpaksaan dia menerima pinangan lelaki tersebut dan akhirnya mereka menikah. Tapi, si gadis telah meletakkan syarat supaya suaminya itu tidak menyentuhnya. Kata si gadis, dia mahu belajar menerima lelaki itu dahulu dan belajar melupakan perasaan bencinya.

Suaminya akur dengan syarat itu. Dia faham isterinya perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengannya. Namun pun begitu, dia sering berdoa agar si gadis terbuka hati untuk menerimanya suatu hari nanti.



Suatu hari, suami si gadis telah menawarkan bantuan untuk menghantar si gadis pulang ke kolej. Si gadis akur walaupun suaminya hanya mempunyai motosikal cabuk untuk menghantarnya. Suaminya yang sangat gembira isterinya sudi membonceng motor dengannya telah tanpa sedar memecut melebihi 100 km/jam di jalanraya.

**********************************************
Perbualan antara si suami & si isteri..

Isteri: Perlahankanlah sikit motor nie..saya takut la..
Si suami : Tak nak..bawak laju-laju macam nie ler seronok..
Isteri : Tak..tak seronok pun..tolonglah..saya takut sangat nie..
Si suami : Kalau awak nak saya perlahankan motosikal nie..awak kena kata awak cintakan saya dulu..
Isteri: Ok. Saya cintakan awak !
Si suami : Ok..sekarang peluk saya kuat-kuat.

** Si Gadis memeluk suaminya tadi dengan erat *

Si suami : Awak..boleh awak tolong tanggalkan topi keledar saya tak?? Kemudian pakaikan kat awak..Saya rasa tak selesa lah..

*************************************************

Dalam surat khabar keesokkan harinya :

Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek. Dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan hanya satu daripada mereka terselamat.

*****************************************************

~~~Kisah sebenarnya, semasa sedang menuruni jalan tersebut, Si suami telah mendapati yang brek motosikalnya tak berfungsi, tetapi dia tidak mahu isterinya tahu. Sebaliknya, dia meminta isterinya tadi mengungkapkan perkataan "Saya cintakan awak" dan ingin merasakan dakapan terakhir isterinya. Dia juga memberikan topi keledarnya kepada Si Gadis demi mengharapkan isterinya itu selamat..walaupun itu bererti dia akan terkorban.

**************************************************************

"Jadi sekiranya anda ada seseorang yang amat anda cintai dan ambil berat, beritahu dia yang anda cintakannya..."

"Jangan bila dia sudah pergi dijemput Ilahi, baru kita akan menyesali semuanya. Dan waktu itu, air mata darah sekalipun ia tidak akan mampu mengembalikan rasa sesal di hati kerana baru kita sedar yang dia begitu dekat di hati."


..Semoga kita masih punya waktu untuk mengucapkannya...

"Kita hanya akan menghargainya apabila kita kehilangannya"

********************************************
psstttt....kepada pasangan2 y baru nk bercinta, sedang bercinta ,y dh clash pn bleh and pape jelh..hehehe...jgn lpa mengungkapkn cinta kpda pasangan masing2 ye supaya si dia berasa lebih dihargai & diperlukan kerana perkataan 'CINTA' itu begitu besar ertinya dan xternilai harganya........







Cerita Cinta Bodoh??


Sila merujuk gambar di atas....erm..xpatut kn..?? ada ke patut wallpaper y mcm nie di cetak...terkilan wanita2 diluar sana, trmasuklah aku sekali (aku pn wanita gk ok..!!)....
erm..nk tahu mna aku dpt gmbar y xbertauliah nie..???

cmnie ceritanya...dlm 2 hari lpas, aku log in facebook cm biasa la....bila masuk je kt home facebook, tumpuan aku trpndang kt 1 gmbar nie..yelh, kt home facebook kn kuar suma aktiviti mber2 kita (upload pic,main game...bla...bla..bla..) nk tahu pic mna..??? pic mna lg, mst la pic kt ats 2 y berbunyi "GIRLS ARE STUPID, THROW ROCKS AT THEM"....

mula2 tgk 2 cm nk marah pn ada..pas 2x tgk..3x tgk..nk tergelak lak....lawak btol pic nie.....mst bdk lom baligh y terpkir idea nk wt wallpaper cmnie kn.??hahahaha...erm..pic nie sbnrnya di upload oleh salah srg mber aku kt facebook...aku xknal pn mamat nie..dia main add aku je..aku pn approve je ar..x approve nti...nangis lak...ecece..aku nie...ye ye jek...hihihi......erm...aku apa lg...trus curik dr dia..sbb 2 la pic nie ada kt cni..hik3...

*******************************************
Pada pndangan aku, prempuan xpatut dibaling batu kerana perempuan nie makhluk ciptaan ALLAH y lemah...baik dr fizikal mahupun rohani....lgpun perempuan nie bodoh sbb lelaki gk...antara kebodohan2 perempuan disebabkan lelaki A.K.A kekasih hati or hubby or abg or cyg or buah hati or......................whatever la......................

PERTAMA:-
BODOH kerana terlalu setia kpada lelaki/kekasih
-perempuan nie seorang pencinta y setia...dgr je apa y dikatakan si bf...xpernah pn nk curang kt belakang....kuar ngn lelaki lain lg la tak...sbb apa..?? sbb setia la...padahal kalo nk kuar dgn lelaki lain boleh je..bkn si bf tahu pn...tp,permpuan ttp perempuan...xpndai nk berbohong dan menipu...tp,ada lelaki kesah..????????????

KEDUA:-
BODOH kerana terlalu berharap kepada jnji2 palsu lelaki/kekasih
-bila bercinta mst ada je jnji2 y diberi oleh si bf nie....konon2nya berjnji setia sehidup semati la......mcm2 berjnji...perempuan pn percya la 100% dgn bodohnya...tp, jnji sekadar jnji.......jnji palsu suma 2...perempuan ttp dilukakn oleh si bf...dgn mksud lain = ditinggalkan

KETIGA:-
BODOH kerana terlalu mempercayai lelaki/kekasih
- Perempuan percaya je suma kata2 lelaki...antaranya.."abg sygkn syg sgt2".."abg rindu syg la"..."always love you"...."i love you sooo much!"...........dan macam2 lg la..omong kosong.....!!!

KEEMPAT:-
BODOH kerana terlalu menyayangi lelaki/kekasih
-syg..syg..syg...y 2 je y perempuan tahu bila bercinta..p dgr lagu 'syg-syg dr aliff aziz' la kalo cm2..heehehe...kalo boleh hari2 dia nk tnya si bf kesayangan "abg sygkn syg x..."....ttpi si bf xcke sgt ngn soalan 2..konon2nya, xprcaya dia la..ape la..hmmm....nk wt cmne dh 2 je soalan feveret perempuan..bkn pe, cma nk pastikn y si bf 2 btol2 sygkn dia n nk mndgr kata2 syg dr si bf...salah ke..? suma salah apa y prempuan buat kn.....sedih btol....... :(((

KELIMA:-
BODOH kerana menangis kerana lelaki/kekasih
-Menangis..menangis dan menangis....sbb apa..?? sbb si bf xcall....sbb si bf lama xmsg..n byk lg sbb lain...kdg2 smpai bngkak mata2...xmalu ke wahai perempuan...?? org tgk nti...ala, biarlh nk nangis pn...wanita mmg la dikaitkn dgn ratu air mata..so, xsalahkn menangis sbb org trsyg..?? *aku tnya, so aku la jwb sndiri..hehehe

KEENAM:-
BODOH kerana masih menanti
-hingga kesaat nie perempuan masih menanti si bf...opss !!....salah la...dh jd ex skang....hehe..kerana perempuan susah nk mmbenci walaupun disakiti...susah nk mencintai org lain walaupun byk y menanti....buat xlyn je suma...kerana apa..?? kerana bodoh la...bodoh kerana masih menyayangi si ex bf.....bodoh ke..?? x kot sbb cinta 2 dtg dr hati bkn sbb kebodohan........apa daaaaaaaaaaaaa.....hihi..:)

*******************************************
ish......bodoh...bodoh...bodoh......lagi lagi bodoh.......byk lg kebodohan perempuan sbnrnya bila bercinta....tp aku senarai y 6 tue jelh....kebodohan siapa y aku cte td 2 erk..?? kebodohan aku ke..??dan siapa 'perempuan' n siapa 'si bf' tue??? hmmm..ntah....tp, aku cm terasa lak y ke-enam2 kebodohan tue aku y punya.....ape2 ajelh......hahahaha...

::: semoga cinta sejati menjadi milikku selamanya....*jiwang sket........^_^


Pasangan jauh ke dekat?

Sebelum tido, aku nk coret sikit pasal segmen 'suria cinta' kat radio suria fm yang aku dengar tadi...segmen nie dikendalikan oleh dj Kak Lin Setiap Ahad (8 mlm - 12 mlm) & Isnin - Jumaat (11 mlm - 2 pg)..segmen nie memang femes bagi sapa2 yang berjiwa sentimental macam aku nie..hehehe..aku sebenarnya layan gak radio sinar ..tambah-tambah lagi bila tiba segmen 'suria cinta'..cepat-cepat je aku on radio kat henpon aku..memang layan la...aku suka sangat dengar kisah cinta pendengar2 radio suria...ada kisah sedih, ada kisah bahagia....macam2 ada...macam astro plak...hihihi...

Ada sekali tuh, adalah sorang pendengar suria fm kol ke suria fm..sedih sangat dengar luahan hati dia.mana taknya, dia bercinta dengan bf dia hampir 8 tahun dan dah declare nak bertunang dah..last2 bf dia cancel and putuskan perhubungan sebabnya dia ada orang lain..sanggup dia buat macam tuh...dah laki, laki jugak la...xprnah cukup satu..lepas dengar luahan hati si pemanggil tuh, aku terpkir ada lagi org yang lebih malang dari aku dalam bercinta...hurm............*jiwang la plak*

Berbalik pasal segmen suria cinta yang aku dengar tadi..topic hari 'anda memilih pasangan jauh ke dekat?'..nasib baik henpon aku tak ada kredit, kalo tidak memang aku kol dah...hehe...kalo aku lah, aku akan memilih pasangan jauh...selain negeri2 utara..sbb aku kan orang utara..aku pun xtahu kenapa aku lebih berminat dengan orang negeri lain dari negeri sendiri..cakap berjiwa kedah sejati..apa daaa aku nie....heehehe...tapi kalau sabah denagn sarawak awal2 lagi xada dalam list sebab terlalu jauh...kentut memang xdengar dah la...ngeh3...

Sebab kenapa aku lebih memilih negeri lain sebab loghat lain kot..suara pun sedap...ececehh...macam ada pengalaman bercinta dengan org luar je...hehe...erm....sebab lain aku suka pasangan yg jauh kerana xlah boring sangat.kalau pasangan dekat asyik2 nk jumpa. kalau boleh hari2 nak jumpa..aku nie pulak bukannya kaki dating atau kaki berjalan...eh! kaki memang la berjalan...aku je yang malas jalan sebenarnya..kalau kapel dengan pasangan yang jauh, teruja sikit bila berjumpa..rindu+sayang pun makin bertambah..ala, lama xjumpa..biasalah tuh..hurm..lagi apa ye.....?? ha...lagi satu,kalau jumpa xlah bosan bila tengok muka dia...rasa nak tengok je selalu..rasa dia macam kiut je..macam nak cubit2 je pipi..hahaha..... tulah pndapat aku untuk topic suria cinta tadi..kesimpulannya, aku memilih pasangan jauh dari dekat..noktah..!! :)

*******************************************

..:::: Tapi apa-apa pun, jodoh , pertemuan, hidup dan mati manusia semua ditetapkan ALLAH SWT..kita sebagai manusia kenalah terima qada' dan qadar yang telah ditetapkan-NYA...





Thursday, January 14, 2010

Banana Test English



Four different animals find themselves under a really big, tall palm tree:

A lion, a monkey, a giraffe, a squirrel,
Align Center
They decide to have a contest to find out who is the quickest to pick the banana at the top of the tree.

Which animal do you think gets to the banana first?


Attention:

Your answer reveals something important about your personality.

Therefore, contemplate your solution carefully!

You only have 30 seconds for this task!

Which animal will grab the banana first?

Have you finally decided? One click for the solution to this delicate question...

If your answer was ...

the lion, then you've got a serious problem!

the monkey, then you're a jackass!



the giraffe, then you're st*pid!

the squirrel, then you're a hopeless case!

And why?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Why? Simply because bananas don't grow on palm trees!!!
You must really be too stressed and overworked.
Take a few days off and just try to relax!
Have A Great Day.






Ibu Yang Mulia...

Pada siapa yang masih ada ibu! sayangilah dia. Kalau berjauhan - one phone call will make the different. Pada siapa yang sudah tiada ibu, doakanlah kesejahteraan untuknya moga akan bertemu di SYURGA ALLAH bersama RASULULLAH, SAHABAT, TABI'IN DAN SAUDARA KITA YG LAIN. AMIIN.

***************************

Tangan Yang Indah Kepada sesiapa yang masih ada ibu...Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan. Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.

Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu. Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

I Luv My Mom.. :)




Perempuan Lawa vs Perempuan Kurang Lawa..

>> Kalau perempuan lawa pendiam
>> Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
>> kalau perempuan tak lawa pendiam
>> Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...
>>
>> kalau perempuan lawa berbuat jahat
>> Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih...kesian
>> kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
>> Lelaki akan cakap: dah la tak lawa,perangai pulak huduh...
>>
>> kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
>> Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
>> kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
>> Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...
>>
>> kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
>> Lelaki akan kata: ok gak la....
>> kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
>> Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!
>>
>> kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
>> Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
>> kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
>> Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...
>>
>> kalau perempuan lawa penyayang binatang
>> Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
>> kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
>> Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
>>
>> kalau perempuan lawa bawa BMW
>>Lelaki akan cakap: dato' mana bela nih....
>> kalau perempuan tak lawa bawa BMW
>> Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....
>>
>> kalau perempuan lawa tak mau bergambar
>> Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
>> kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
>> Lelaki akan kata: sedar pun diri...
>>
>> kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
>> Lelaki akan cakap: caring sungguh....
>> kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
>> Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....
>>
>> kalau perempuan lawa bersedih hati
>> Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever
>> kalau perempuan tak lawa bersedih hati
>> Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...
>>
>> kalau perempuan lawa masak
>> Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
>> kalau perempuan tak lawa masak
>> Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????
>>
>> kalau perempuan lawa main2 miss call
>> Lelaki akan kata: takpe...miss call la lagi..
>> kalau perempuan tak lawa main2 miss call
>> Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..
>>
>> kalau perempuan lawa hantar2 email
>> Lelaki akan kata: sukenya....
>> kalau perempuan tak lawa hantar2 email
>> Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring!! boring!!...

:::rupa paras tak penting sebab rupa paras tidak akan kekal sampai bila-bila..apabila dah tua tetap akan berkedut..apa yang penting adalah hati..hati yang suci akan kekal sampai kemati:::

Tuesday, January 12, 2010

AL-Kisah AJL Ke-24

(ni lah mamat y merebut kejuaraan FT aku....ish..ish..kejam..kejam...)

Hari nie aku nak mengarang sikit pasal AJL ke-24 y aku tgk 2hari lpas..ececece...rajin la plak aku nak mengarang2 nie... hehe...Ok, brbalik ke AJL....semua hebat2 belaka..persaingan y sengit...tahniah kepada semua finalis2 AJL..xlupa gk kt pengacara2 AJL iaitu Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar memang terbaik. Lawakk mereka bertiga ni nampak relax dan tak basi..tak kering gusi aku tengok telatah pengacara2 nie...hahaha...aku sebenarnya frust....punah harapan aku...bukan apa, keputusan xseperti yang aku jngkakn...aku ingtkn Faizal Tahir y akn mng...rpanya Aizat yang menang( sila rujuk gambar di atas)..kusangkakn panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari..huhu...bermadah helah la plak..pape pn Faizal Tahir tetap di hati..siap wat magic lagi malam tuh...tiba2 je dia bertukar jadi shila(anak ND LALA)..ada klas gitu..hihi....kesian tengok FT pada malam AJL 24 hari tuh..dia menyanyi sambil bertongkat......

Senarai2 pemenang AJL Ke-24

~Juara-Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)

~Naib Juara-
Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)

~Tempat ke3-
Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)

~Vokal Terbaik -
Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)

~Persembahan Terbaik- Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)
.
.
.

Lirik Lagu Pergi - Aizat (Juara AJL Ke-24)

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..

sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia.....


**sedih tol dgr lagu nie....


Putus Cinta? Tips dan panduan

(khas buat insan2 yang telah putus cinta....buat y masih bercinta,sedang bercinta ang baru nk berjinak-jinak dengan cinta pn boleh baca...xsalah..hehehe..)

Cinta memang manis & indah bila diakhiri dgn. ikatan yg. sah. Bagaimana pula dgn. cinta yg. putus di tengah jalan. Tentu perit utk. menghadapinya... apatah lagi bila bekerja di satu pejabat. Mungkin dgn. panduan berikut sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan gundah gulana, kepedihan & rasa kecewa yg. dialami.

******************************************
1. Berdamai dgn. diri sendiri. Manjakan diri anda ie mandi sauna, urut aromaterapi dsb. Jgn. ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yg. diinginkan. Usah pedulikan komen-komen drpd. org. lain.

2. Hindari dari membuat keputusan2 besar kerana keadaan anda masih dlm. kedukaan dan tentunya masih lagi dipengaruhi
emosi.

3. Berbicara dgn. org2 yg. anda percayai. Drpd. mereka anda akan mendapatkan kata-kata bijak yg. boleh menghiburkan hati.

4. Keluarlah dgn. kawan2 lama yg. dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa lebar.

5. Perbaiki penampilan diri dgn. demikian akan akan lebih mempercayai diri.

6. Jgn. melarikan diri dgn. org. lain. Org. yg. baru putus cinta cenderung
ingin cepat-cepat punya kekasih baru utk. menepis kesendirian.
Kesilapan besar kerana 'pelarian' tersebut bukanlah akan menyembuhkan
tapi akan menimbulkan masalah baru.

7. Bermesralah dgn. binatang kesayangan spt. kucing, arnab dsb. Sedikit sebanyak akan melupakan kepedihan.

8. Menulis surat. Jika anda membenci bekas kekasih... tulislah semua kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda.

9. Jgn. ragu memberi 'komplimen' utk. diri sendiri. Misalnya jika anda suka bunga, belilah beberapa kuntum bunga & letakkan di mana anda suka. Ganti beberapa hari kemudian dgn. bunga lain.

10. Makan tepat pada waktunya. Jgn. menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan naik dgn. cepat tapi jgn. pula hilang selera makan krn. anda akan jd. tidak bermaya. Makanlah dgn. tepat dan sihat.

11. Bersukan. Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki 'mood'.

12. Lakukan hobi yang anda sukai ie. membaca, menonton tv, berkebun dan sebagainya.

13. Jgn. 'trauma' oleh cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dlm. hidup. Percayalah pada keajaiban cinta.

*********************************************
Tambahan:-

Anggaplah putus cinta itu adalah satu 'persinggahan' dalam kehidupan. Berfikiran positif utk. menanganinya. Mungkin dia bukanlah yg. terbaik untuk diri anda. Sesuatu yg. terjadi ada kebaikan di sebaliknya. Sebagai seorg. Islam, kepadaNYA kita mengadu apa yg. tersirat di hati
kita. Telah tersurat dia bukan jodoh anda, mohonlah kepada Tuhan agar anda dapat melupakannya. Putus cinta bukan pengakhirnya kehidupan anda, hidup mesti diteruskan.....


Monday, January 11, 2010

Baju Pengantin Seharga 1.5 Juta Dolar

Pernah terbayang anda mengenakan baju ini saat pesta pernikahan anda? bagi seorang pecinta fashion mungkin ini begitu menakjubkan. Tapi lain pula kalau kalau anda tanyakan pertanyaan yang sama kepada pihak pecinta burung.. silap hari bulan, si pembuat baju y akan disaman.

Ini boleh dikatakan baju pengantin super2 mahal, bayangkan saja, harganya mencapai 1,5 juta dolar. Dan yang lebih menghebohkan lagi, baju ini diperbuat daripada bulu burung merak. Baju yang baru ditampilkan pada pameran gaun pengantin di Nanjing Jiangsu Chinatotal menggunakan 2009 helai bulu burung merak dan diperbuat menggunakan tangan.

Proses pembuatan baju ini memakan masa selama 2 bulan, muncul pertanyaan dalam fikiran kita, berapa ekor burung merakkah yang dikorbankan untuk membuat baju bernilai 1,5 juta dolar ini? Semoga baju ini tidak menjadi trend baju pengantin pada tahun 2010, kerana burung-burung merak lah yang akan menjadi korban demi untuk diambil bulu-bulunya.
~wassalam~



Cara Bagaimana Lelaki Gemuk Memikat Perempuan


1. Dekati orang yang diminati itu sebagai seorang kawan

Cuba berkenal-kenalan dan berkawan baik dengan si dia tu dulu. Layanlah si dia selayaknya sebagai seorang kawan pada permulaannya. Jangan sesekali luahkan perasaan hati anda pada peringkat permulaan. Just berkawan macam kawan biasa dulu. Ini sangat penting sebab kalau anda terus luahkan perasaan, dan cuba-cuba untuk mendesak si dia menerima anda sebagai teman istimewa, nanti si dia akan berasa tidak selesa dan menyampah dengan anda. Mungkin si dia akan menganggap anda sebagai seorang yang ‘tak sedar diri’. “Badan gemuk, tapi muka tak malu nak mengorat aku yang comel ni”, haa itu mungkin kata-kata yang bermain dalam hati si dia kalau anda luahkan perasaan anda dengan melulu, tak sabar-sabar.

So, tip pertama ialah DEKATI SI DIA SEBAGAI KAWAN.

2. Buatkan si dia selesa apabila bersama dengan anda

Ni paling penting kata kawan-kawan perempuan saya. Kalau anda ingin memenangi hati seorang perempuan, pastikan anda layan si dia tu dengan baik dan buatkan si dia selesa untuk bergaul dengan anda. Jangan sekali-kali buat dia rasa rimas. Kalau boleh, ikutkan saja kemahuan dan keinginan si dia tu. Tapi AWAS, anda janganlah pula jadi ‘pak turut’ yang bodoh. Semua dia cakap anda kata YES, YES. Ada kalanya mungkin anda kena ada pendirian dan sedikit ego anda sebagai lelaki. Kadangkala, perlu juga tunjukkan kejantanan anda pada dia.

Namun, tips kedua yang perlu anda praktikkan dalam usaha untuk memikat wanita idaman anda ialah, PASTIKAN SI DIA SELESA DENGAN ANDA!

3. Tonjolkan sikap baik dan penyayang anda.

Kalau nak fikir dari segi logiknya, disebabkan anda seorang yang gemuk, pastilah anda ada kekurangan dari segi daya tarikan atau dari segi fizikal luaran anda. Pastilah kalau nak dibandingkan anda yang gemuk dengan lelaki lain yang macho dan berbadan tegap, maka anda akan ‘tenggelam’. Tiada siapa yang akan pandang anda. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah, cuba tunjukkan akhlak mulia dan sikap anda yang baik. Contohnya, cuba tunjukkan bahawa anda ini seorang yang penyayang, seorang yang boleh menjadi pendengar yang baik, seorang yang hormat orang tua, seorang yang ada pendirian, seorang yang mesra dan mudah didekati, seorang yang pandai berjenaka, seorang yang pembersih, seorang yang pemurah dan sebagainya. Sikap yang sebegini, sekiranya anda dapat tonjolkan, pastinya si dia akan lebih menghormati dan suka dengan anda.

Tips ketiga - TONJOLKAN KEBAIKAN ANDA!

4. Bantu dan tolong si dia apabila si dia ditimpa musibah atau masalah.

Kalau si dia ada ditimpa apa-apa masalah, bantulah dia sebaik mungkin. Cuba selesaikan masalah dia. Haaa kalau anda dapat tologn dia di saat dia dalam kesusahan, pastinya anda akan dapat ‘markah’ lebih. Si dia akan terhutang budi dengan anda, maka inilah peluang anda untuk mendekatinya dan memenangi hatinya. Tapi satu saya nak ingatkan, kalau nak tolong tu, tolonglah dengan seikhlas mungkin. Sebab pertolongan yang ikhlas, akan meninggalkan kesan pada hati si dia. Sebaliknya kalau anda tolong sebab ada udang disebalik batu, saya rasa, si dia pun mungkin dapat mengangak bahawa anda tolong dia sebab anda ada sesuatu yang anda nak dari dia. Jadi, pastikan anda tolong dengan seikhlas mungkin.




Related Posts with Thumbnails