Saturday, February 13, 2010

Selamat Hari kekasih..

 "HAPPY VALENTINE DAY CAYUNK"muahahahaha..

Yea yea. Valentine’s Day dah sampai juga akhirnya.. tentu korang semua memang menanti2kan saat ni kan? maklumlah, kalau tak sambut, gf merajuk pulak!! yang gurlz tu plak, kalau tolak pelawaan si dia, nanti dibawanya awek lain keluar, berputih mata pulak!! 

Kalau kat Malaysia ni, budaya menyambut Valentine’s Day atau hari kekasih ni memang dah jadi satu kebiasaan namun still tak terlalu over. 

Kalau tak sambut, nanti member2 kata kolot atau kampung pulak. Betul tak? Aku malas la nak membicarakan soal hukum hakam menyambut hari kekasih tu. Korang  fikir2lah sendiri. ^^,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.


Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.


Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.


Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.


Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia.


Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).


Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.


Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.


Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.


Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Idealist barat ni harus dibuang dari kebudayaan umat islam dinegara ini. Sampai bila harus berlanjutan. Insaf insaflah wahai teman. Batalkanlah niatmu menyambut Valentine itu. buangkan perkataan Valentine’s dari kamus hidup kita.

Bukan tidak boleh meraikan percintaan kita, tetapi janganlah pada tanggal 14 Februari. Kita orang melayu dan ada adat tersendiri. Dah orang timur tu tetap orang timur juga. Jadi lah orang melayu yang tidak mudah lupa asal usul keturunan. Ingatlah, Malaikat sentiasa mencatatkan amalan baik dan buruk kita.

Kalau boleh jangan ada seorang pun dari sahabat2 kita yang menyambut hari kekasih ni. Ceritalah pada rakan2 anda tentang hakikat kebenaran menyambut hari kekasih ni.

Bukan takda hari lain nak kasi bunga dan coklat kat couple korang tu.Setiap hari adalah hari kekasih. Tak gitu?? Ape2 pun perkara utama yang nak dinyatakan di sini, jangan sambut valentine ye sayang2 semua.HEHEHE.

Thursday, February 11, 2010

DiMana Letaknya Romantik Lelaki Sekarang?

Tengah-tengah syok selak suratkhabar, tetiba terpandang satu topic nie 'Lelaki Melayu Tidak Romantik'. 

Tulisan itu sebenarnya menyentuh mengenai lelaki secara keseluruhannya (Melayu dan bukan Melayu). 

Ada sesetengah pihak yang salah faham yang artikel tu hanya ditujukan untuk 'lelaki melayu' sahaja tapi mungkinkah penulis yang salah memilih tajuk???.whatever~!~

Mesti kaum2 adam kt luar sana 'hot and spicy' kan bila terbaca kisah tu.hehehehe.

Banyak gak reaksi2 dan komen2 dari pembaca . Ada yang negative and ada gak yang positive. Tapi, aku betul2 tidak bersetuju dengan artikel bertajuk 'Lelaki Melayu Tidak Romantik'.

Bagi aku ia sangat bersifat individu dan terpulang sejauh mana kita mentafsirkan istilah romantik itu. Kalau nak romantik macam telenovela Filipina, pergi ke tengah taman buat candle light dinner, ada kumpulan muzik memainkan rentak perlahan memang susah nak dapat la.

Tetapi ada banyak sikap romantik yang ditonjolkan oleh lelaki Melayu dalam kehidupan sebenar walaupun tak seromantik Shah Rukh Khan dalam cerita Kuch-Kuch Hota Hei.hihihi.

Secara peribadinya, aku berpendapat yang  romantik itu adalah menghormati, mengambil berat dan ditambah dengan menyayangi. Lagipun tak semua lelaki tak romantik. Tak percaya ke??? jom tengok nie..................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V

 
 (*Lelaki paling romantik pada abad nie. hik3..*)

Romantik kan lelaki kat atas nie. Badan ada LOVE gitu. Lelaki sekalian, tunggu apa lagi tiru la 'Mr.Love' kat atas nie. 

Secara automatik korang akan jadi romantik walaupun korang tu sebenarnya tak romantik.ahaksS. muahahaha...

Wednesday, February 10, 2010

Lelaki kacak+Wanita cantik= SINGLE

Rupa dah ada, tapi tetap juga single. Kenapa? Diorang jual mahal atau orang takut nak dekat. Yelah, takut gak la kalau2 dah berpunya. Almaklumlah la orang kacak/cantik kan.

Ada sesetengah lelaki kacak/ perempuan cantik yang jadi bujang terlajak/ andartu. Kalau lelaki tu tak kisah la kan walaupun jadi 'bujang terlajak' sebab perempuan sekarang memang suka lelaki yang matang. Tapi kalau perempuan 'andartu' ? hurmmmm.. no komen la. huhuhu. 

Mungkinkah juga golongan-golongan nie serik bercinta selepas banyak kali dikecewakan? hanya mereka dan diri mereka je yang tahu jawapannya.hihihihi.


Tapi REALITInya dan kebanyakkan lelaki kacak + perempuan cantik mempunyai pemikiran yang sama iaitu
.

.

.

.

.

Lelaki kacak, pemikirannya selalu begini :-

"Aku kacak, jadi teman aku mestilah cantik. Baru padan. kalau buruk sangat nanti apa orang lain akan kata bila keluar jalan-jalan nanti."

Bila dah berfikiran begitu, dah nampak ketara sangat benda pertama dan benda utama yang dipandang adalah fizikal

Soal hati?? letak nombor dua.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~  

Wanita cantik juga, pemikiran slalu jugak begitu:-
 
 "aku ni cantik, jadi aku kena layan lelaki kacak, kalau tak jatuh standard aku nanti. apa pulak kawan-kawan perempuan aku gosip nanti kalau nampak aku keluar dengan mamat jongos." (*contohnya*).

 Rupa je yang dipentingkan. Semua nak jaga standard . Nak yang kacak2 and yang kiut2 jek. Kcian kat mamat2, pakwe2 yang kurang kacak nie. isk..isk...isk... (!_!)




Tapi  this statement pun tak boleh nak dikatakan as a whole pun. Different people, different opinion, different experience, different expectation, different minded.
 
But as for me, apa yang paling penting adalah yakin kat diri sendiri. peduli la apa orang nak kata. Biasalah, mulut orang bukan boleh nak tutup2. Keja nak bergosip je. Macam mami and papa jarum gitu. hahaha.

Typicalnya selalu begini :-

"kau tak cantik/ hensem nak pegi ngorat budak kacak/ cantik. sedarlah sikit taraf kau tu kat mana."

Buat tak peduli je, lantak la, janji kita yakin dengan diri sendiri. Sekarang orang dah tak pandang rupa paras dan apa yang penting hati mesti baik. Tak gitu kawan-kawan semua??? HEHEHE


Tuesday, February 09, 2010

Resepi "Kuih Cinta 4eva"

Bahan:
1 lelaki sihat,
1 wanita sihat,
100% Komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni.

Bahan Perhiasan:
1 botol besar humor,
25 grm rekreasi,
1 bungkus doa,
2 sendok teh telefon-telefonan
Semuanya dikacau hingga merata dan mengembang.

Tips:
Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.

Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan (sebaiknya dibeli di supermarket bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin.)


Jangan beli di pasar yang bernama DISKOTIK atau PARTY kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya tapi kadang menipu konsumer atau kadang menggunakan zat pewarna yang boleh merosak kesihatan.

Gunakan Kasih sayang cap "IMAN, HARAP & KASIH" yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari Jabatan Kesihatan dan Kerohanian.


Cara Memasak:
lelaki dan wanita dicuci bersih, buang semua masa lampaunya sehingga tersisa niat yang murni.
Siapkan loyang yang telah diolesi dengan komitmen dan restu orang tua secara merata.
Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api cinta, merata sekitar 30 minit di depan penghulu.
Biarkan di dalam loyang tadi dan sirami dengan semua rencah di atas.
Kuih siap dinikmati.

Catatan:
Kuih ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan kasih yang hangat. 

Tapi kalau sudah agak dingin, Tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi di oven "Tempat Ibadah" diatas api cinta. 

Setelah mulai hangat, jangan lupa telefon-telefonan bila berjauhan.

:::Selamat mencuba !!! HEHEHEHE

Air Tangan

APA RAHSIANYA???

Air tangan!!! Air tangan kita sebagai  
"isteri dan sebagai ibu". 

Tak ada cara yang saintifik yang mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorang isteri dan ibu itu terhadap keluarganya. Tetapi ia dapat dijelaskan secara rohaniah.


Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yang merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu.

Walau ke mana pun kita pergi dan bertemu dengan masakan yang serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yang terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggi.

Begitu juga memberi makan anak, suapan ke mulut anak dengan tangan kita itu membawa banyak kesan yang akan hanya kita nikmati 10-15 tahun akan datang.

Bila anak-anak sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yang ibu bapa pesan dan ingatkan.

Namun berkat dari 'air tangan'(usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak-anak) sedikit sebanyak, jika anak-anak itu ingin mengikut 'kehendak sendiri', namun dia pada akhirnya akan tetap mencari restu si ibu dalam hidupnya.

"Percayalah!!!

::: dasyat betul penangan air tangan perempuan rupanya kan....hehe




Related Posts with Thumbnails