Tuesday, February 09, 2010

Air Tangan

APA RAHSIANYA???

Air tangan!!! Air tangan kita sebagai  
"isteri dan sebagai ibu". 

Tak ada cara yang saintifik yang mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorang isteri dan ibu itu terhadap keluarganya. Tetapi ia dapat dijelaskan secara rohaniah.


Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yang merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu.

Walau ke mana pun kita pergi dan bertemu dengan masakan yang serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yang terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggi.

Begitu juga memberi makan anak, suapan ke mulut anak dengan tangan kita itu membawa banyak kesan yang akan hanya kita nikmati 10-15 tahun akan datang.

Bila anak-anak sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yang ibu bapa pesan dan ingatkan.

Namun berkat dari 'air tangan'(usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak-anak) sedikit sebanyak, jika anak-anak itu ingin mengikut 'kehendak sendiri', namun dia pada akhirnya akan tetap mencari restu si ibu dalam hidupnya.

"Percayalah!!!

::: dasyat betul penangan air tangan perempuan rupanya kan....hehe




7 Loves:

eyes143.. said...

anin lg suka wt keja sndiri.. sng..

Ah Fatt said...

jd digalakkan makan kat rumah jer
kurang2 makan kat luar
hehe

Anuar Abdul Aziz said...

air tangan ibu tiada tolok bandingnya...buat ibu-ibu muda,rajin2 lah memasak walaupun sibuk

zella said...

ibu still suapkan sy mkn wlupn dgn umur skrg ni heheh

Aidi-Safuan said...

ibu saya kata cekodok dengan nasik goreng saya lagi sedap daripada beliaunyer masakan. tapi 2 tuh jela. lain sume hancuss. hehe

meera^da cute..*_* said...

rindu mama masak...huaa..kembali homesick

paan said...

insyallah , mungkin ada betulnya..aku sering merantau..tapi xdapat nak jawab dengan pasti la...tapi kadang2 rindu gak la dengan masakan ibu aku...

Related Posts with Thumbnails