Saturday, February 13, 2010

Selamat Hari kekasih..

 "HAPPY VALENTINE DAY CAYUNK"muahahahaha..

Yea yea. Valentine’s Day dah sampai juga akhirnya.. tentu korang semua memang menanti2kan saat ni kan? maklumlah, kalau tak sambut, gf merajuk pulak!! yang gurlz tu plak, kalau tolak pelawaan si dia, nanti dibawanya awek lain keluar, berputih mata pulak!! 

Kalau kat Malaysia ni, budaya menyambut Valentine’s Day atau hari kekasih ni memang dah jadi satu kebiasaan namun still tak terlalu over. 

Kalau tak sambut, nanti member2 kata kolot atau kampung pulak. Betul tak? Aku malas la nak membicarakan soal hukum hakam menyambut hari kekasih tu. Korang  fikir2lah sendiri. ^^,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.


Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.


Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.


Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.


Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia.


Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).


Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.


Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.


Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.


Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Idealist barat ni harus dibuang dari kebudayaan umat islam dinegara ini. Sampai bila harus berlanjutan. Insaf insaflah wahai teman. Batalkanlah niatmu menyambut Valentine itu. buangkan perkataan Valentine’s dari kamus hidup kita.

Bukan tidak boleh meraikan percintaan kita, tetapi janganlah pada tanggal 14 Februari. Kita orang melayu dan ada adat tersendiri. Dah orang timur tu tetap orang timur juga. Jadi lah orang melayu yang tidak mudah lupa asal usul keturunan. Ingatlah, Malaikat sentiasa mencatatkan amalan baik dan buruk kita.

Kalau boleh jangan ada seorang pun dari sahabat2 kita yang menyambut hari kekasih ni. Ceritalah pada rakan2 anda tentang hakikat kebenaran menyambut hari kekasih ni.

Bukan takda hari lain nak kasi bunga dan coklat kat couple korang tu.Setiap hari adalah hari kekasih. Tak gitu?? Ape2 pun perkara utama yang nak dinyatakan di sini, jangan sambut valentine ye sayang2 semua.HEHEHE.

8 Loves:

eyes143.. said...

anin ari2 smbut ari kasih syg.. hahaha..

Shikin Zain said...

shikin smbut kasih syg ngn family jek.

almaklumlah, org xda bf..heeeeee..:)

Nadia Yuna said...

love is unpredictable =)

Alynn Notnot said...

alin pom x smbut jgk. baek smbut raya cina, mam limau byk2!

Ah Fatt said...

sayangi lah family terlebih dulu

INDRA QIRANA said...

dalam zaman teknologi skang ni dakyah dakyah yahudi dan nasrani makin terbukak sana sini...

wiki2jkk3 said...

eberiday...my day full with colours of love n soul...

Aku ian said...

btol uh..kdg2 bnde ny diorg nmpk cm remeh temeh je..
so kne jga2 guk..
gd infos though hee

Related Posts with Thumbnails