Saturday, January 02, 2010

Kisah 3 Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan.

Polis : “Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?”


Penjaga : “Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.”


Polis: “Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?”


Penjaga : “Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya!”

0 Loves:

Related Posts with Thumbnails