Thursday, February 04, 2010

Perampas, Dirampas, Terampas ???

Kenapa wanita sanggup menghancurkan hati wanita lain??

Satu soalan yang sering bermain di hati aku..bukan ke kita sesama wanita mesti  memahami dan menjaga hati dan perasaan kaum sejenis? Tapi kenapa macam ada yang tak paham atau mereka saja buat-buat tak paham?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekarang nie aku banyak dengar kisah-kisah tentang hubungan mereka yang diganggu insan ke tiga. Lebih kurang macam cinta 3 segi la bunyinya. Padahal dah tahu orang tu dah ader gf/ isteri. 

Kenapa?dah tak ada lelaki lain ke kat dunia nie?ataupun dan memang tabiat suka menggangu hubungan orang? *sedikit emosional disini*. hehehe. Bukan apa, tak suka la perempuan bergaduh sebab lelaki. Pantang tok nenek aku la. huhh!!

Sebut pasal merampas nie, kadang-kadang kawan sendiri pun bukan boleh percaya sangat. Depan kita pijak semut pun tak mati, bila kat belakang kita, bermain-main mata dengan bf/ suami kita. 

Selalu kes rampas merampas nie keja orang perempuan la. Jarang2 dengar perkataan 'lelaki perampas'. 

(*sahabat perampas*)
Alahai, menjadi orang ketiga dalam perhubungan orang lain hebat sangat ke? Best sangat ke buat perhubungan tu runtuh dan putus? Mesti kita bangga "wah hebatnya aku, lelaki tu pilih aku dari gf/ isteri dia sendiri". Perghh,kejam gila. Tak pernah fikir ke perasaan perempuan yang ditinggalkan tu? tak kesian ke  kat dia?

Mungkin bukan salah perempuan tu 100%. Tepuk sebelah tangan tak mungkin berbunyi kan? mungkin salah lelaki tu juga. Iman tak kuat. Mudah sangat tergoda. ish3.Lain kali taruk jelah gam gajah, bagi kuat sikit iman tu.*sedikit merapu*

Tapi ingatla..kalau kita boleh menyakitkan/menghancurkan hidup/ menggangu perhubungan orang lain, tak mustahil orang lain pun boleh buat macam tu kat kita. 

Tuhan tu maha adil. 'Setiap perbuatan yang kita lakukan ada pembalasannya'. Tak kira la samada perbuatan baik or buruk. Ingat tu wahai si perampas !!.*bagi sesiapa yang terasa je*

Fikir sendiri la wahai kaum-kaum hawa sekalian. Sama-sama la kita menjaga perasaan sesama kita.

Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak jaga kan? Kaum adam bukannya memahami sangat perasaan and hati kaum hawa macam kita nie.

:: Bagi kaum-kaum hawa yang pernah mengalami situasi macam nie, banyak-banyaklah bersabar oke~!~.


13 Loves:

iedaLUVsham said...

aku bengang giler ngan perampas! takpe..Allah maha adil, nnt dia akan terima balasannyer gak

Akif Mazlan said...

Kaum adam bukannya memahami sangat perasaan and hati kaum hawa macam kita nie.

ceyhh,,, kaum lelaki x puas aty ngan statement ini!!
hahahha

miss faten said...

ieda, bawak bersabar ye. semoga hubungan anda dengan sang kekasih kekal tanpa ada anasir - anasir luar.


okay okay shikin, sangat sokong shikin buat post camneh. huhu. bukan apa, kengkadang tak faham la jugak kenapa si perempuan sanggup tergamak terrela hati nak rampas bf/suami kawan sendiri. apakah? bukan sikit lelaki kat luar sana, actually masih ramai lagi cuma tak tahu, mungkin hati dengki tengok kebahagiaan orang lain.


dan sokong jugak kenyataan shikin, kalau bukan kita nak jaga hati kaum Hawa, siapa lagi kan yang nak jaga? nak harapkan si Adam, hurrm. jangan haraplah...


tapi yang penting kat sini is kejujuran and komitmen kan?? :)

ChiLaBaey's said...

Itulah yang dipanggil nafsu.... cuma kita sendiri yang kena mengawalnye... :)

Amirul Faiz Abd. Razak said...

Yang merampas - emm, memang tak patut.
Yang dirampas - emm, sangat boleh dipersoalkan kesetiannya. Ada nilai kesetiaan ke kat manusia yang dirampas?

Kalau barang bukan hidup yang dirampas, ok, tak timbul soal setia.

Bila kata, kalau manusia yang dirampas. Hai.. tiada nilai kesetiaan langsung pada yang 'dirampas'

Sedangkan anjing setia kat tuannya, manusia yang dirampas.. Hurmmm, fikir-fikirkanlah.

1tomyam said...

jugak perlu amik kira faktor 'security','keselesaan''ekonomi' etc yg buleh menjadi sebab kenapa adanya perampas dan dirampas serta terampas...

eyes143.. said...

biasa da benda alah cm neh..

lelaki mmg takkan jd perampas sbb sjk azali lagi lelaki tak suka berkongsi..

-s-o-f-t-i-e ~eross~ said...

hubungan akan lebih bermasalah dgn kehadiran orang ketiga....
ada pulak sanggup ckp, sy akan pergi jika si dia suruh pergi...
tak apa, sy redha kamu memilikinya wahai orgketiga, tp Tuhan maha adil, pasti akan terima balasan-Nya

Chocobi|x| said...

ala, ada gak lelaki perampas..
yang gaduh-gaduh, smp bunuh2 sbb pmpuan pn ada..
haish..
klau pmpuan prampas, boleh consider lg kot, pasal laki kn da makin kurang kat dunia ni..
klau laki prampas tu la cam duh je..pmpuan ada lagi kliling dia, yang tu jugak direbut...

huhu

---

il ya na said...

awak sy suka post ni. best sgt! sbb saya boleh kata hampir2 terjerat dgn helah si perampas ni. huru-hara hubgn saya.

nur atiqah wahida said...

awak..saya link kan entry ni dengan blog saya..:) datang la jenguk..terima kasih.:)

SyuE said...

nice entry dear! ;) but, we just believe in karma! what goes around, comes arounds!

♥♥♥Mrs_IceLemonTea♥♥♥ said...

Assalamualaikum..shikin nampak kita sebaya ya...entri ini sungguh myentuh hati...sy nak share kt blog sy lak. buat pengetahuan sy,...gf suami sy seboleh2 nya nk hancurkn hidup sy...sy dh setabah yg mungkin..buat pengetahuan shikin sy br berkahwin setahun lebey je..

Related Posts with Thumbnails