Monday, February 01, 2010

D.O.T.A (Dunia Orang Tiada Awek)

*Menjadi seorang yang solo atau single memang sangat seronok. Korang bebas melakukan apa saja, pergi saja mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun sebab tak ada orang nak larang. 

*Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan korang orang lelaki akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal korang

*Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan kesepian.yeke?buku yang kata bukan cik shikin yang kata oke~!~ hehe
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TANDA-TANDA KORANG PERLU TAMATKAN ZAMAN SOLO MOLO KORANG:


1.Perasan semua awek suka pada korang 
- Bila awek lalu sebelah dan senyum kat korang, mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. 

- Korang ingat awek tadi senyum sebab korang memang hensem, maybe senyum kerana gelakkan gaya selekeh korang atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi korang masa makan tengah hari tadi.muahahaha.

2.Membina tabiat makan yang tidak elok 
- Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat. 

-Jika dapur korang penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera tu, sahlah korang dah terlalu  lama single. Try korang pergi periksa dapur skang. Lelaki je, cik2 bunga xpayah.  :)

3.Korang banyak sangat main games 
-Counterstrike? DOTA (Dunia Orang Tiada Awek)? FIFA 2009? WOW? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang korang dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila korang dah ada awek nanti korang dah tak mahu main games lagi. 

-Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda korang dan rosakkan peluang korang nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha perempuan nie?

4.Korang meluahkan perasaan dekat perempuan 
- Apa lagi tanda yang korang telah terlalu lama single? Korang menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan korang seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. 

5.Korang mula stalk awek lama korang
- Terima kasih kepada Internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-Google nama mereka. 

- Disuatu lewat tengah malam korang sedang menaip nama ex-girlfriend’s korang di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. 

- Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah korang nak buat kerja stalking nie. :)

:: Siapa2 yang terasa ambil la. Kalu tak terasa tak payah ambil oke~!~ hehe.

13 Loves:

Armyrule said...

pergh...research yg menarik...teraso den ni ha...huhuhu

kenwooi said...

haha.. nice DOTA =P

kenwooi.com

Shikin Zain said...

armyrule: jangan la terasa. kalau terasa gak,carilah awek cepat2..hik3..

kenwooi: thanks..haha..:))

Lutfi Xera said...

trse di benak htiku ini..huhu

Alynn Notnot said...

nice one! :)

Geogy said...

Wow~~~ Not bad! So creative... I like... D.O.T.A...hehe...:P

miss faten said...

bahahaha :D
walaupun aku perempuan, aku tetap terasa. agaga. maggi, games. apakah??
maknanya aku dah terlalu lama keseorangan. ahakss! :B

deusXmachina® said...

terasa skit la
erk888

nice entry!
apa pun DOTA tetap best
sekurang2nya sehingga umur 25 kot
erk888


erk888.blogspot.com

Taufiq Rusli said...

btol la ckp ang Dota,, ahaha.. time putus cinta, games dota la buat aku lupakan x gf aku.. tp bila dh main susah nk bhenti.. hantu tol games tuh tuk org yg frust mcm aku,

Akif Mazlan said...

bestnya title,,heheh
taapi,,yang no.3 tuh,,
huaaaa,
perlu cari aweks jugak ker camtuh?

Mercik said...

hang pun sama shikin...cepat2 sket p cari pakwe tuh..kakaka

Pisyek said...

er, orang yg tulis entri ni layan DOTA gak ke?

ekekeke~

XD

Anonymous said...

ak ni sorg lelaki yg xperlu awex hidupku cukup bermakna dgn hanya berbekalkan alienware & internet yg pantas unx ku berDOTA so kpd sesapa yg setuju bolehlah temui ak di www.shafou.com eh silap carik saja ak di facebook lgy senang xDD
p/s: Alienware lah awek ku internet lah cara ku unx berjumpa dgn Kekasihku (DOTA)

Related Posts with Thumbnails