Tuesday, January 26, 2010

Penulis Blog Perlu Berhati-Hati

Penulis blog perlu berhati-hati? Bukan berhati-hati di jalan raya oke~!~ Kalau nak berhati- hati di jalan raya boleh je pakai topi kaledar bagi penunggang motosikal and bagi pemandu kereta pula boleh pakai tali pinggang kaledar. Senang kan...HEHEHE..

Tapi bukan nak cerita pasal berhati-hati dijalan raya but berhati-hati semasa penulisan blog. Seperti ada pepatah "cakap siang pandang2, cakap malam suluh2.." Entah btol ke tak ngn pepatah nie, aku pun xtahu la coz aku tak pandai nak bermadah helah nie..HIHIHI..

Sebab baru2 nie ada kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dan kini sedang disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.

Difahamkan penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna(berbaju perang) yang beralamat di Seremban, Negeri Sembilan itu menyerah diri di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya http://adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum.

Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog berkenaan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan seterusnya "mengheret penulis berkenaan ke mahkamah".

Susulan kemarahan itu, Aduka Taruna telah menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjurannya.

Beliau juga menarik balik artikelnya itu sebagai tanda mengaku salah dan berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.

Ketika menyerah diri, Aduka Taruna telah ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri itu.

wassalam...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


9 Loves:

cn said...

mmg la belog kita, suka aty la nk tulis ap pn..

tp skurg2nya kena pkir ap feedback yg kita akn dpt bila kita pertikai hal isu semasa neh..

tak ke diri sndiri jugak yg merana..

Shikin Zain said...

yup..i stuju..nk berblog nie tak boleh la nak sentuh isu2 sensitif mcm2 nie...

tmbah2 lg guna ayat y kasar mcm 2..
nasib badan la...huhu

Anonymous said...

huu. shikin. dah la dia hina sultan negeri faten, peh peh. dia mmg nak kena ah kan. tak kisah la dia hina sultan memana pun, pasti akan ada yg menentang, bukan setakat rakyat negeri tu jek. dia si penulis blog tu dahlah cakap kasar, main tibai je bahasa dia langsung takde adab sopan. dengar kata didalam blog dia turut mempersoalkan isteri nabi. eh bapak ah, gila tak?? if betullah dia ada wat camtu, maksudnya dia mmg tak betullah. walaupun dia tu yeah ketara PAS.

anyway,, good posts! *thumbs up*

kisahsensasi said...

Yess.... kita sebagai blogger kena peka dan tahu apa isu yang SENSITIF bagi rakyat malaysia...

enyheartsdiamond said...

nice blog!so cute..sory i x sehat..x dpt baca artikel panjang2..later then :)

... said...

stakat nk cite pasal makcik kiah jual lengkong xsedap xpe la kot :)
* kelihatan mahu juga ada entry sok sek d situ

zee said...

betul2. nak tulis tu biarlaa pikir dulu kan. :)

Avatar said...

Haiz.. susah betul ngan org org macam ni. Nanti tak pasal pasal ada pulak undang undang utk melarang org lain dari blogging. hehe.

Shikin Zain said...

faten: a'ah la faten. mulut dia jahat betul la. pasal isteri nabi pun dia pertikaikan. cam nk g cili2 jek.. :)

kisah sensasi: hal2 sensitif terutamanya isu keagamaan ^^,

enyheartsdiamond: semoga cpt sihat.AMIN. ;)

Cikwanik:a'a, wat cte pasal apek jual sayur ke. xpelh gk.hihi..

zahidah:yezza..kta kna berpkir dlu sblum kna..xla jd cmnie..:)

Avatar: kalau undan2 melarang, terpaksa kna stop la..huhu...*sad*

Related Posts with Thumbnails