Sunday, January 17, 2010

Katakan Tak Nak Pada Lemak....!!

("bulat macam aku jek................")

Alahai..pesal la aku tengok badan aku semakin hari semakin bulat nie....dah macam kartun teletubbies la plak..bila tengok cermin kecil, rasa macam kurus sikit..bila tengok kat cermin yang besar, badan pn terasa besar...so, aku lebih memilih cermin yang kecil dari yang besar supaya nampak lebih kurus..hahaha...

Bestfrenz aku yg paling rapat skang nie adalh cermin 'kecil' dan lagi satu adalah penimbang berat...ye ar..takut gk la kalau2 berat malepasi had maksima...tak nak la kena cop 'shikin gemuk','shikin gendut' or apa2 jelah yang berkait rapat dengan huruf 'G'..dah la ada orang cop aku 'shikin chubby' skang nie..nasib baik dia ckp chubby jek...rasa macam comel la jugak...kalau dia cakap 'shikin gemuk'?? mahunya remuk hati aku..guna gam gajah sekalipun memang dah tak boleh nak lekat dah la...huhu...

skang nie aku tengah bergiat aktif untuk kuruskan badan...nanti bila dh dapat berat yang aku nak a.k.a berat badan ideal, leh ar dressing macam YUNA...sempoi jek..hihihi...tapi aku xpandai nak lilit-lilit selendang macam dia..mahu terbelit leher aku....nie yang frust menonggeng sangat nie..hurm...............

Untuk siapa2 yang nak join aku turunkan berat badan leh ar baca sikit info pasal lemak...semoga kita sama2 dapat usir lemak2 degil dlm badan kita nie ye..AMIN..hehehe....

************************************************

Lemak adalah sumber tenaga kalori yang padat.Pengambilan lemak yang berlebihan dikaitkan dengan peningkatan resiko terhadap penyakit jantung dan juga kesan kegemukan.

Lemak terdiri dari kategori
  • Lemak Tepu - Bersifat membeku dan keras pada suhu rendah. Kebanyakanya dari sumber haiwan dan juga terdapat pada tumbuhan seperti santan dan lemak sayuran.Pengambilan yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam darah yang berpotensi untuk termendap di saluran darah dan jantung.
  • Lemak tak Tepu - Bersifat lembut dan cecair walaupun pada suhu rendah. Ia didapati dari sumber tumbuhan.
::aku belum pasti lemak apakah yang bertakhta kat badan aku skang nie...kena selidik balik nie...

********************************************
Panduan semasa menyediakan makanan (terpaksa ambil tahu jugak walaupun jarang2 masuk dapur...hihi..)
  • Kikis dan buang lemak yang kelihatan pada bahan masakan
  • Kurangkan memasak menggunakan bahan berminyak.
  • Gunakan cara kukus, bakar, rebus, panggang, tumis atau gunakan gelombang mikro.
  • Ubah suaikan resepi masakan dengan mengurangkan santan, susus, daging dikurangkan dan ditambahkan kekacang untuk serat.
  • Tambhkan bawang, rempah, herba, jus limau nipis, cuka atau perasa asli tanpa lemak.
  • Kikis dan buang air rebusan yang berlemak.

************************************
Kurangkan






Kurangkan makanan2 seperti burger,daging, air bergas and yang sewaktu dengannya.....
so,kurang2kan lah makan KFC ye wahai shikin..huhu... :(

************************************
Tambahkan +++++



Sayur dan buah penting untuk diet seimbang. Jadikan ia sebagai sebahagian daripada menu harian yang juga merupakan sumber utama

Ia adalah karbohidrat kompleks dan sarat dengan Vitamin terutama A, C dan E dan juga sumber garam mineral terutama kalium dan kalsium.

Ia amat rendah kandungan Lemak, kalori dan Natrium.

Ia juga boleh menjadi snek yang mudah disediakan, menghilang dahaga dan lapar, merangsang serta melawaskan sistem penghadaman, mencegah sembelit, mengurangkan penyakit dalam sistem penghadaman dan beberapa jenis kanser.

************************************
::: ulam-ulaman juga baik untuk kesihatan..rasanya memang kurang enak sikit tapi bila di cicah dengan BUDU (made in kelate)....fuhh......!! memang terangkat abes laa.....i like.....hehe.. ^_^



2 Loves:

Hunny Kitty said...

cube try jangan makan nasik seminggu...gantikan dengan roti dengan kadar yg tak melampau....makan sup....atau chic salad....try seminggu je..dan lihatlah hasil nya...please stop amik AIS dan minuman ada GAS!!! ekekekekekkek....

Shikin Zain said...

thanks 4 the information...i nak cubalah....minta2 la leh hilangkan ke'chubby'an nie....:)

Related Posts with Thumbnails