Friday, February 19, 2010

Buang Bayi makin menjadi-jadi. Salah siapa?

Dari hari ke hari ada saja berita menggemparkan dan menakutkan mengenai kes buang bayi. Ada bayi yang dibuang depan masjid la, tepi longkang, dalam longkang, dalam toilet dan kes terbaru di mana bayi di buang dalam tong sampah dan di bakar.

Ia merupakan perbuatan manusia yang tak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan. Alahai, kesian sekali dengan nasib si bayi yang tak tahu lagi apa makna kehidupan. 

Apa punya ibu bapa la. Sanggup dibakar darah daging sendiri. "Buat anak pandai, buang anak pun pandai. " Jaga je yang tak pandai. huh!!

Remaja kita sekarang cenderung melakukan perkara  tersebut yang mengundang dua kesalahan berat iaitu melakukan zina dan membunuh nyawa manusia yang tak bersalah.
"Salah siapa semua nie? tepuk dada tanyalah selera. "
Berdasarkan pembacaan2 aku, anak-anak remaja yang bermasalah seperti ini selalunya berpunca dari keluarga bermasalah. Ibu bapa yang bercerai atau kacau bilau, faktor kemiskinan dan  keluarga yang tiada kasih sayang.

Ibu bapa sibuk bekerja, dan anak-anak membesar secara sendirian. Hal ini memberi peluang dan ruang kepada anak remaja melakukan perkara-perkara negatif seperti menonton filem lucah, merokok, menagih dadah, dan melakukan persetubuhan haram.

Tapi tidak boleh juga 100% menyalahkan ibu bapa. Individu itu sendiri  juga perlu disalahkan. Selalunya anak-anak remaja sekarang suka 'ikut kepala' sendiri. Cakap mak bapak langsung tak didengarnya. Sampailah terjadi kes-kes sebegini. 

Sama-sama lah kita menjauhi zina dan sama-samalah kita berdoa semoga gejala-gejala seperti ini dapat dibendung. Kasihanilah pada bayi-bayi yang tak berdosa ini.

6 Loves:

Lucy S. said...

tau xpe. eh yg gmbar kosmo tu, org tudung labuh tu ke yg buang anak?

Shikin Zain said...

a'ah. yang pakai tudung labuh tu la kalau tak silap shikin.

sebab shikin ada baca berita pasal nie. Budak nie sekolah agama. :)

Sharinginfoz said...

memang teruk manusia kalau tak berfikir secara rasional kan..

Dividen Bank Rakyat 15%

Nuffnang Dapat RM2,684

Anonymous said...

kes ni makin teruk ler

Shikin Zain said...

a'ah manusia sekarang nie teruk. kes nie pun semakin teruk.

haiwan pun sayangkan anak. tapi manusia? ish3...

Unknown said...

dorg ne buat je...
nk brtnggungjwab????

Related Posts with Thumbnails