Monday, February 22, 2010

Jangan Ketuk Bila Nak Tarik Keluar!

Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok kerana benda-benda ini amat bahaya.

Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. 


Selalunya apabila kita memasukkan nozel ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang kita beli. 

Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki dan tidak tertumpah.
Tapi awas:
Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel dan muncung tangki pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark').

Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi .

Dinasihatkan
Jangan ketuk , tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan minyak telah berhenti mengalir


21 Loves:

Unknown said...

wahh..tips yang sangat berguna ni..tak terfikir juga..janagn sebab spark kecik tu terus meletup kereta kan..terima kasih sudi kongsi benda ni..patutnya stesyen minyak kena bagitw juga kan benda ni..buat iklanke..ramai yang tak sedar benda ni rasa2nya..hurmm..nice post.

Shikin Zain said...

yup..thanks. sbnrnya, baru juga tahu tentang nie. Dulu selalu juga ketuk2. lepas tahu pasal nie, terus xbuat dah. tkut gak la kan. so kena la berjaga jaga. huhu

iidyll iceness said...

thanz 4 da info..btl gak lor..xpnh tpikir..ngee~~

Hazzy Ishak said...

wow!
tak penah terpikir pun...

NomborSebelas said...

adehh saya selalu buat kesalahan macam ini!

wanie said...

oohhh..bru tau..hehe..tp x pnh wt..sy slalu tonggang kan tali getah pam tu spaya myk btol2 abes kluar..hak3..

Anonymous said...

xpa ketuk ja...wlcmna pun material tu x akan menghasilkan spark..

cn said...

weiii.. thanx 4 sharing.. tekejut giler anin baca.. sbb anin slalu wt cmtuh.. adehh...

Anonymous said...

ok2... br terasa bahaya yg aku buat selalu

haha

Akif Mazlan said...

setelah membaca artikel ini, saya akan mengambil langkah berjaga2,,
well, x biasa pergi isi minyak lg, baru blh lesen,,huhuhu

Deen said...

hoho..aku selalu buat benda ni..thnx gtau

hafizmd said...

Thanks utk tip ni..kalau ade juge yg berani main ketuk2 lepas ni, kite ketuk kepala die..hehehe

Hairun Azmi said...

Malang tidak berbau...

linda said...

Help me find 70,000 kind hearted people worldwide willing to buy virtual lemonade to help fund for college

Pixels for Lemonade

Anonymous said...

Bukan kuat pun ketuk sampai boleh keluar spark. Tapi untuk keselamatan tabiat ketuk2 ni seeloknya dielakkan.
Ramai lagi yang guna handphone,enjin hidup masa isi minyak. Nasib baik la di Msia ni kadar kelembapan rendah. Kalau tak banyak dah yang terbakar.

kuyam said...

ouh,camtu ke?
baru tahu...mmg b4 dis salu ketuk
isk..thxs shikin 4 dis info :)

are_rul said...

wah tips yg berguna.. Terima Kasih atas info yang diberikan, selama nie x tau pon dh bce article nie bru lah dapt tau..

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Dr. Munesh Tomar said...

Thank you, that was just an awesome post!!!

Dr. Victor Vinod Babu said...

That is great to hear, thank you for reading!

Penile Implant Surgery in India said...

That is great to hear, thank you for reading!

Related Posts with Thumbnails