Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, February 09, 2010

Resepi "Kuih Cinta 4eva"

Bahan:
1 lelaki sihat,
1 wanita sihat,
100% Komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni.

Bahan Perhiasan:
1 botol besar humor,
25 grm rekreasi,
1 bungkus doa,
2 sendok teh telefon-telefonan
Semuanya dikacau hingga merata dan mengembang.

Tips:
Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.

Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan (sebaiknya dibeli di supermarket bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin.)


Jangan beli di pasar yang bernama DISKOTIK atau PARTY kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya tapi kadang menipu konsumer atau kadang menggunakan zat pewarna yang boleh merosak kesihatan.

Gunakan Kasih sayang cap "IMAN, HARAP & KASIH" yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari Jabatan Kesihatan dan Kerohanian.


Cara Memasak:
lelaki dan wanita dicuci bersih, buang semua masa lampaunya sehingga tersisa niat yang murni.
Siapkan loyang yang telah diolesi dengan komitmen dan restu orang tua secara merata.
Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api cinta, merata sekitar 30 minit di depan penghulu.
Biarkan di dalam loyang tadi dan sirami dengan semua rencah di atas.
Kuih siap dinikmati.

Catatan:
Kuih ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan kasih yang hangat. 

Tapi kalau sudah agak dingin, Tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi di oven "Tempat Ibadah" diatas api cinta. 

Setelah mulai hangat, jangan lupa telefon-telefonan bila berjauhan.

:::Selamat mencuba !!! HEHEHEHE

Friday, February 05, 2010

Pujuk memujuk, Rayu merayu (TERHAD untuk LELAKI sahaja)

Tengah syok 'nge-date' tiba-tiba gf korang buat muka empat belas, muncung dia dah panjang sejengkal, bijik mata dia jeling sana jeling sini tapi tak pulak pandang kat korang. 

Pendek kata gf korang tu dah merajuk la. Tau ker korang camner nak mengayat mood gf korang kepada keadaan asal balik? Kalo tak tau, korang baca ler tips kat bawah nih.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~.

 SENYUM 
-sebelum merajuk mesti start gaduh dulu kan? So, time dier tengah marah tu korang buat selamber jer senyum.

-Kalo boleh senyum tu biar lebar sampai ke telinga pun takper. 

-Nescaya gf korang yang plan nak merajuk tu tak sampai hati nak marah atau merajuk ngan korang sebab kesian tengok muka seposen korang tu.

BELI HADIAH (*bunga*)
-Buat korang yang berkemampuan boleh la cuba tip ni. Korang beli ler hadiah yang diidamkan oleh gf korang yang tengah merajuk tu. 

-Konfem terus tersengeh mcm 'kerang busuk' bila tdia engok korang hadiahkan dia BMW 7series. AhaksS~!~

BUAT LAWAK
-Haaa! Yang ni korang kena tengok keadaan cuaca ataupun suhu dan jenis gf korang tu dulu. Jangan main rembat ajer. Tak pasal bertelur dahi korang nanti. 

-Kalau menjadi, silap-silap gf korang yang tengah merajuk tu terkekeh ketawa dek kelakar ngan lawak korang tu.

HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS
-Ops! Jenis ni, korang kena buat bodoh dulu time dia tengah merajuk. Agak dier dah cool sikit, korang ambik henpon dan hantar la mesej untuk mintak maaf. 

-Lagi bagus kalau korang selitkan lawak jenaka dalam sms/ mms/voice sms korang tu.

BUAT BODOH  
-Kalo korang berani ambik risiko ditinggalkan, korang boleh ler  try tip ni. Bila gf korang tu marah, korang buat bodoh, bila gf korang tu merajuk, korang tetap buat bodoh. 

-Konfem gf korang tu fed-up dan terus ok sebab takder sapa nak layan kerenah dia. Hehehehe.

***MERAJUK BALIK
-Tip ni paling berkesan dalam memujuk gf yang suka merajuk. Nak tau sebab apa????

-Sebab bila korang pulak merajuk, dah tentu ler dia pulak yang kena pujuk korang.. 

-Tapi kalo dia pulak pakai tips "buat bodoh" yang kat atas ni, aku tak bertanggungjawab. hahahaha.




Saturday, January 30, 2010

"Selagi Masanya belum tiba, Jangan Sesekali Mencubanya!"


"DON'T TRY THIS AT ANYWHERE!!!!

DON'T TRY THIS WITH ANYONE!!!!

DON'T TRY THIS AT ALL..."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berdua-duaan bersama pasangan memang bahagia. Tapi hati-hati kerana sebarang kemungkinan maybe akan berlaku.

Selalunya, perempuan-perempuan la yang mendapat problem besar.Lelaki buat cool je. Macam xde apa yang berlaku. So, jom kita tengok cara-cara untuk mengelakkan baby boy or baby girl dari dilahirkan. opssss! heeeeeeee~!~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Elak tempat sunyi
-Kalau nak dating tu, jangan la cari tempat-tempat sunyi sebab banyak godaan2 yang akan datang. Lebih2 lagi bagi lelaki, cepat sangat tergoda ngn perempuan. yeke cepat tergoda? aku main agak jelah. :)

-Senang cita, korang dating kat depan mak bapak korang la. senang kan? boleh terus dapat mertua. hehehe..

Kelancaran Komunikasi
-Korang kena bagitahu kepada pasangan korang mengapa korang inginkan perhubungan y sihat dan kenapa si dia (BF) perlu melupakan keinginan2 'NAKAL' yang selalunya ada dalam diri kebanyakan remaja skang.

-Keinginan2 'NAKAL' ???  mesti korang pun tahu kan. jangan buat2 tak tahu pulak.*sebenarnya aku pun tak tahu. kuang3~!~

Berani kata TIDAK
-Jangan segan silu untuk mengatakan 'TIDAK' kalau pasangan ajak korang buat tttuuuuuttttttttttttttt.*malu nak sebut. hehe. Dun say 'YA' bcoz Tuhan marah tau. Lagipun banyak risiko yang menunggu.

-Kalau dah TER'mengandung macam mana? kalau si dia nak bertanggungjwb xpelah. Kalau tak, alamatnya lepas baby tu lahir, tong sampah la tempatnya @ toilet2 buchuk+muchuk. Alahai kciannyeeeeeeeeee.

Jika si dia memaksa???
-Paksaan selalunya beserta dengan ugutan PUTUS. Jika si dia (BF) memaksa, sebaiknya korang elak dari berdua2an dengan si dia kerana kemungkinan si dia boleh bertindak ganas sebab korang menolak. Bahaya tau bila si dia (BF) dah naik amuk. *Naik amuk tak sama dengan Bandi AMUK. yeeyeh..

-Hampir 90% kes-kes hamil luar nikah berlaku disebabkan paksaan. Jadi AWAS ya...

-Kalau si dia terus memaksa, korang karate je or tinggalkan jelah. Ala, kumbang bukan seekor. Berekor-ekor lagi kat luar sana  yang lebih baik dari si dia.

:::"SAY NO TO SEX BEFORE MARRIED" Jangan sampai terkandas dari prinsip tu wahai bunga-bungaku sekalian termasuklah aku jugak. ngeh3...

Alahai....malunya den.....

Mesti ramai yang pernah mengalami situasi malu yang amat dan perlu melakukan sesuatu untuk ‘cover’ perasaan malu tersebut kan?.

Selalunya idea untuk mengelakkan dari merasa malu biasanya datang secara spontan. Kat sini ada tips2 untuk cover malu tapi berunsur lawak jenaka skit la..Jangan diambil serius ye..hehehehe.


Di antara Tips-tips Cover Malu....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~.

1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai…lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalau terjatuh basikal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak…

3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus…

4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan….

5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat..”oi! apa tolak-tolak ni?” walaupun tiada orang di blakang anda….

6. Kalau terjatuh di depan bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu…haa…ni lah masa sesuai untuk bangun semula….

7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu…ye tak?….muahahaha..

:: Selamat Mencuba...ahaksS~!~  HEHEHEHE


Related Posts with Thumbnails